Saturday, December 3, 2011

PERJALANAN HAJI 3

15 Oktober 2011, Sabtu

Tiba di hotel Rashad Nageeb lebihkurang jam 2 pagi. Letih rasa seluruh tubuh.

Perjalanan kami biasa sahaja. Berniat umrah di Bir Ali tetapi tidak solat di sana kerana orang terlalu ramai. Takut kehilangan jamaah.

Berhenti untuk makan dan solat jamak takhir isya' dan Maghrib. Untuk ke tandas wanita lalu tandas dan tempat berwudhu' lelaki. Nampak bersih dan teratur. Ada rasa senang dalam hati. Tapi, bila masuk ke tandas wanita.... ish ish ish!!!!! Lantai pecah menyebabkan berpasir. Pasirnya seperti di padang pasir. Tandas pula seperti tidak pernah dibersihkan. Tahan nafas .....

Surau juga tidak bersih. Karpet berpasir. Hmmmmmppphhhh....

Perancangna awal ialah untuk bertawaf waktu tengahmalam. Memandangkan kami sampai lewat, Ustaz menyarankan supaya kami tawaf selepas sarapan. Alhamdulillah, dapatlah berihat. cuma hati ini meloinjak hendak menatap kaabah.

Solat Subuh berjamaah di tingkat B (basement).

Selepas sarapan, kami berkumpul di depan hotel. Berjalan beramai-ramai sambil bertalbiah menuju Masjidlharam.

Pertama kali menatap kaabah....

Tidak dapat hendak digambarkan dengan perkataan. Lambang kebesaran dan keagungan Allah SWT.Ia penuh sejarah, mula dibangunkan Nabi Ibrahim AS bersama malaikat. Merupakan bangunan yang pertama di muka bumi. Masyaallah!!!!

Tawaf kami agak dekat dengan Kaabah. Dapat melihat dengan jelas Maqam Ibrahim dan Hijr Ismail.



Kemudian saie. Tak dapat digambarkan bagaimana Siti Hajar berlari ulang alik antara Safa dan Marwa mencari air untuk anaknya Nabi Ismail AS. Kagum dengan zam zam yang tidak pernah kering.

Pulang ke hotel lepas saie dan keluar semula jam 11.30 untuk solat Dzohor. Makan tengahari selepas solat Dzohor. Jadi pulang semula ke hotel.

Solat Asar di hotel kerana agak kepenatan.

Badan mula rasa kurang sihat. Mungkin tak cukup rihat. Ada batuk dan selsema. Makan panadol. Mengantuk tidak terkata antara Maghrib dan Isya' di Masjidilharam. Berkali-kali ulang bacaan Quran.... Astaghfirullah....

Nampaknya kena rancang jadual pergi balik Masjidilharam. Perjalanan ulang alik beberapa kali sehari agak memenatkan. Hotel kami lebihkurang 300 meter dari Masjidilharam. Kami masuk melalui pintu Marwa dan perlu berjalan dalam 100 meter lagi untuk masuk ke dalam Masjidilharam.

Moga allah permudahkan segalanya, Ameen.


Kami berlima satu bilik.

Kak Salmah, kerani sekolah di SK Beserah, Pahang. Orangnya peramah, banyak celoteh. Kak Zah, jururawat pencen juga dari Beserah. Makcik Rosminah dari Kapar, Kelang. Sudah kematian suami. Datang bersama adik lelaki, Pakcik Hussin dan isteri. Pakcik Hussin sebilik dengan Zabri. Isteri Pakcik Hussin, Makcik Kamisah, juga rakan sebilik kami. Makcik Kamizah dan Makcik Rosminah sering berdua ke mana sahaja. Wajah mereka pun seperti adik beradik. Seperti tidak percaya apabila mereka mengatakan yang mereka adalah ipar. Pertama kali melihat mereka, aku fikir mereka adalah adik beradik.


Bersama Makcik Kamisah dan Makcik Rosminah di ladang unta

16 Oktober 2011, Ahad

HAPPY BIRTHDAY!!! My 46th... a huge number!!!

Zabri nak belanja makan tapi aku tak nak. Keluar juga menyusuri kedai-kedai. Tak ada tempat yang menyelerakan. Beli inai untuk anak-anak saudara perempuan.



Selepas solat Dzohor berdiri di pili zam zam. Mereka yang di hadapanku mengisi botol2 yang besar2. Makcik Arab yang berdiri di sebelahku mengangkat kening memberi isyarat dan geleng kepala sebab mereka ambil masa yang lama hendak mengisi botol2. Kataku kepada dia sambil tersenyum, Sabr.... Dia angguk juga tersenyum.

Beberapa ketika, dia mencelah masuk dan minum. Dia berpaling dan mengambil botol 500ml ku yang kosong dan dia isikan. Berkat SABAR.. alhamdulillah

Agak terlewat sedikit ke Masjidilharam untuk Maghrib dan Isya'. Tingkat bawah agak penuh. Aku dapat tempat betul2 di dinding di bawah telefon awam yang tersangkut di dinding.

Wirid lepas solat maghrib. Terdengar suara perempuan berkata dalam bahasa melayu, tolong paskan Quran ni, nak simpan. Aku toleh. Allahuakbar!!! Kak Zah!!! Aku terjerit kecil. Kami berpelukan. Jamaah di keliling kami senyum melihat kami. Mungkin mereka pun dapat meneka, pertemuan dua sahabat di Masjidilharam memang mengharukan. Airmata kami mengalir.

Kak Zah (Azizah Abdul Rahman) rakan serumah semasa undergrad kami di New Zealand antara tahun 1986-1988. Semasa tinggal serumah dulu kami (aku, Kak Zah dan Tam, seorang lagi teman rapat) ada berjanji untuk ke Makkah bersama. Dan di tahun 2011, ketiga2 kami dapat menunaikan haji walaupun berlainan package. Aku bersama CS Holidays, Kak Zah bersama Zahafis dan Tam bersama Tabung Haji. Aku keluarkan telefon hendak beritahu Tam tentang pertemuan kami. Ada sms dari Tam.... Ana, I jumpa Kak Zah kat Bindawood. Nanti kita janji jumpa. Masyaallah!!!! Kak Zah bertemu kami di hari yang sama!!! Allah mengabulkan doa kami untuk bertemu di Tanah Haram.

17 Oktober 2011, Isnin

Ziarah ke Jaaranah. Tidak diberitahu yang kami akan berziarah ke beberapa tempat. Semasa sarapan Ustaz hanya maklumkan untuk ke Jaaranah untuk niat umrah sunat.

Pertama, ke Jabal Thur, terletaknya gua Thur di mana Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika peristiwa hijrah.



Kemudian kami ke dibawa ke Jabal Rahmah. Berdoa untuk kesejahteraan dan kemenangan di Jabal Rahmah kerana ianya salah satu tempat di mana doa adalah mustajab. Hmmm telah ada di masa2 lampau yang berdoa untuk beristeri lebih dari 1. Sukahatilah masing-masing punya kemahuan.

Kemudian bas membawa kami keliling Arafah. Sudah ada kelihatan khemah2 yang mula didirikan. Selain itu bas juga mengelilingi Muzdalifah dan Mina.Akhirnya kami dibawa ke Jabal Nur, tempat terletaknya Gua Hira' tempat Nabi SAW bermunajat dan melarikan diri dari hiruk pikuk jahiliah. Di Gua Hira' lah tempat surah Al-Quran pertama diturunkan seperti yang kita semua maklum.

Seperti Jabal Thur, Jabal Nur juga tinggi. Bagaimanalah keadaan Nabi SAW yang berjalan di padang pasir sejauh 7 km dari Makkah dan kemudian memanjat bukit yang tinggi??Aku yang berhadapan dengan suhu yang panas sahaja sudah tidak berdaya.

Sampai semula di hotel aku dan Zabri naik ke bilik. hendak berihat dulu sebelum tawaf dan saie. Badan sangat keletihan terutama kerana suhu panas. Kami solat Dzohor di hotel sahaja kerana masih kepenatan. Sebelum ke Masjdilharam untuk Asar aku makan panadol. Sempat tawaf dan saie 5 pusingan selepas Asar. Sambung 2 lagi pusingan selepas Maghrib. Alhamdulillah.

Monday, November 28, 2011

PERJALANAN HAJI 2

10 Oktober 2011 Isnin

Beruntung hari ini solat suboh di Masjid Nabawi. Imam menangis teresak-esak. Aku kira puluhan ribu jamaah turut mengalirkan airmata.

Hendak melawat Raudah buat kali kedua. Menunggu dari 8.45 pagi dan akhirnya dapat masuk jam 10.45 pagi. Sayu melihat pagar makam, Hanya itu kesempatan yang ada.

Ketika menunggu utk masuk ke Raudhah, terkenangkan saat Nabi SAW hendak dicabut nyawanya oleh Izrail. Baginda ucapkan, "umatku, umatku, umatku.." Sayangnya Baginda kepada kita. Kita sahaja yang selalu lupa dengan perjuangan dan pengorbanan Baginda.

Terasa kecilnya diri ini. Diri datang membawa sejuta harapan dan doa sedangkan tubuh bergelumang dengan pelbagai dosa yang disedari atau pun tidak, yang disengajakan apa lagi yang tidak disengajakan. Astaghfirullah....


11 Oktober 2011, Selasa

Di antara Maghrib dan Isya'. Seperti biasa duduk di Masjid Nabawi bersama Miah dan Kak Kiah. Di belakang kami sekumpulan makcik Indonesia. Riuh dengan kopi habatus sawda yang diberikan oleh perempuan Arab yang berjamu berbuka puasa di ruang hadapan. Kebetulan di sebelah kiri kami pula beberapa orang makcik Afghan. Mereka pun tertarik dengan kopi tersebut dan mule berkomunikasi. Kami? Hmmmm tak mau..... nnti terbuang angin payah nak baharui wudhu' hahai..

Makcik2 Indon meminta aku tuliskan habatus sawda... dalam jawi!!! Nasib baik pandai tulis jawi....

Yang menariknya makcik Indon berbahasa Indonesia dan makcik Afghan berbahasa Afghan dan kami berbahasa melayu campur English. Riuh rendah juga dibuatnya. Ditambah dengan sedawa2 makcik Indon.

Entah macamana pula makcik Indon mula mengurut Makcik Afghan. Nampak dia seronok kena urut... Tapi sambil mengurut sambil berbual dan entah apa pula yang dibualkan sehingga Makcik Afghan rasa sgt terharu dan menangis.... Dahhhh... panik juga makcik Indon yang mengurut... takut sakit.

Selesai Isya' masing2 berpelukan. makcik Indon sempat berkata, Usah menangis kita sama2 umat Muhammad.... Hmmm tambah lebat airmata Makcik Afghan

12 Oktober 2011, Rabu

Apa maslah Ustaz? Mungkin Ustaz tak sedar tapi takkanlah sehingga tak boleh senyum apabila bertemu kami?

Aku jadi tak suka bertembung dengan salah seorang ustaz. Bila bertembung aku jadi susah hati melihat wajah masam dan serius ustaz seolah2 melihat kami dengan syak wasangka.

Ustaz Hasyim memang kelakar habis. Ceramahnya hidup dan meriah. Kami tak kering gusi.

Selepas sarapan, tunggu Prof Muhammad Kamil di lobi hotel. Semalam dia kirim sms memberitahu yang dia akan memberi ceramah motivasi haji. Rupanya Prof penceramah jemputan untuk jamaah Rayhar.



Prof Kamil adalah rakan sejawat di Fakulti Perakaunan, UiTM. Sejak September lepas, beliau telah mula bertugas sebagai profesor di Univerisiti Taiba di Madinah. Sebenarnya perkenalan aku dan dia tidaklah begitu rapat. Aku mulakan tugas di UiTM sebagai pensyarah di A Level, PPP. Apabila aku ke Fakulti Perakaunan Prof sedang lanjutkan pelajaran peringkat PhD di UK. Apabila selesai pengajian dia pegang beberapa jawatan di luar Fakulti. Bila dia pulang semula ke Fakulti aku pula melanjutkan pelajaran peringkat PhD. Dan apabila aku pulang dia pula masih memegang jawatan Pengarah Kampus Segamat. Aku cuma mendengar tentang dia dari rakan-rakan.

Dan sebagai Pengerusi Kelab Kebajikan Fakulti aku diminta oleh Prof Dekan kami untuk menganjurkan jamuan perpisahan sebelum Prof Kamil ke Madinah. Di situlah baru aku ada beebual ringkas dengan beliau.


Jamuan perpisahan Fakulti Perakaunan untuk Prof Kamil

Semenjak dia menulis Travelog Haji, ada rakan-rakan dan kaum keluarga yang bertanya samada aku kenal dia. Memanglah kenal, kataku, tapi macam tu saja. Hebat betul Prof, ke mana saja aku pergi orang bertanya tentang dia. Alhamdulillah buku-bukunya memberi banyak manafaat kepada ramai orang. Doaku semoga Prof akan terus berkarya sebegitu, insyaallah.

14 Oktober 2011, Jumaat

Ziarah wada'. Hanya di laman masjid asal yang berkubah hijau yang di dalamnya ada maqam Nabi SAW. Di sebelah kiri pula perkuburan Al-Baqi'.

Y Allah jangan Kau jadikan ziarahku ini yang terakhir kali. Aku mahu ke mari lagi menziarahi Nabi Mu Ya Allah.

Semalam lepas Asar, beg2 besar kami telah diangkut. Beg2 kami akan sampai dulu di hotel di Makkah. Moga2 semuanya sampai di bilik2 kami dan tiada timbul apa2 masalah.

Jadual hari ini - berangkah ke Makkah selepas Asar.

Selamat tinggal Madinah Al-Munawarah.
Selamat tinggal ya Nabi Allah.

Tuesday, November 22, 2011

PERJALANAN HAJI 1

6 Oktober 2011, Khamis
Dalam penerbangan menuju Madinah

Sesekali timbul kerinduan kepada Rasululllah saw, kepada Kaabah. Airmata sudah di tubir mata. Jauh di sudut hati sangat mengharap agar dapat ziarah maqam Baginda dan keluarga serta sahabat2. Takut juga kerana umat manusia terlalu ramai sekarang ini.

Sibuk menyenaraikan doa2. Hmmm banyak juga yg hendak dimohon dari Allah SWT di tanah haram nanti. Rasa kerdil dengan segala dosa2 yang pernah kita lakukan dan kini macam2 pula permintaan kita.


Di Madinah
Solat Asar pertama di Masjid Nabawi. Rasa terharu tatkala pertama kali menatap Masjid Nabawi. Rasa dekat dengan Baginda. assalamualaika ya Rasululullah. Assalamualaika ya Habiballah. Syukur aku dapat berada di sini.

Terbayang2 eumah daif Baginda di Masjid yang serba indah...

Tinggal di Hotel Riyal Dyar.



Teman sebilik - Cikgu Norhamiah Mohammadan dari Pendang Kedah. Kami panggil Miah saja. Orangnya peramah. Segalanya hendak dia komen. Kak Rokiah dari Felda Jengka Pahang. Datang dengan anak lelaki. Suaminya sudah meninggal. Pendiam sedikit tapi boleh rancak berbual. Kak Kiah punya sikap yang bagus. Aku kira hatinya bersih tidak bersangka buruk dengan orang lain. Lepas seminggu di Makkah wajah Kak Kiah seperti bercahaya, putih dan bersih. Sebenarnya kami berempat. Seorang lagi Makcik Halimah. Tapi tak mahu duduk bersama kami. Hendak bersama kawan-kawan katanya. Dan dia pun pindah ke bilik yang selang sebuah dari kami. Jadinya kami bertiga walaupun ada 4 katil.







7 Oktober 2011, Jumaat
Selepas solat Suboh kami menaikki shuttle bus ke Masjid Quba. Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

Masjid Quba' ialah masjid pertama dibina oleh Baginda SAW ketika beliau dan para muhajirin berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Kami akan dibawa ke Masjid Quba setiap hari selama 7 hari.






Selepas Asar tunggu Zabri lama di pintu pagar. Rupanya dia masuk ke Raudhah. Aku mula jealous sbb belum berperluang ke Raudhah lagi.

Malam selepas makan malam, Ustaz Umar bawa ke perkarangan masjid asal. Ucap salawat dan salam kepada Rasul SAW dan ahli perkuburan Baqi'. Pilu rasa di hati mengenangkan perjuangan Nabi SAW dan sahabat2 Baginda.

8 Oktober 2011, Sabtu
Jadual agak padat hari ini kerana aktiviti ziarah luar. Masjid Quba tapi manusia ramai kerana kami sampai lewat dari semalam. solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha betul2 di tepi sekali.

Ke ladang tamar. Hari semakin panas. Pasar tamar sesak. Beli sekilo saja tamar dan 2 peket buah tin. Nasib baik tak beli banyak. Menurut Ustaz Yusuf, harga di kedai2 sekitar hotel mungkin lebih murah lagi.



Kemudian kami dibawa ke Jabal Uhud, tempat peperangan Uhud. Di perkarangan Maqam para syuhada' Uhud, Ustaz Umar menyingkap sejarah perang Uhud dan menunjukkan Jabar Rumah di mana pasukan pemanah tentera Islam yang sepatutnya mempertahankan kedudukan mereka telah meninggalkan kedudukan mereka dan turun untuk mengambil harta rampasan perang. Tentara Umar kemudian mengambil peluang berpatah semula dan memanjat Jabal Rumah dan menyerang pasukan pemanah tentera Islam. Ustaz menunjukkan bukit yang di sebelah kiri di mana Rasulullah berada ketika itu. Dan Baginda juga cedera dan patah gigi. Sesungguhnya perang Uhud hendaklah sentiasa diamati kerana banyak pengajaran di sebaliknya.




Ustaz Yusuf juga bercerita tentang banjir yang melanda maqam syuhada Uhud menyebabkan jenazah2 mereka terbongkar. Mereka telah dapat mengecam jenazah Saidina Hmazah yang telah dirobek dadanya oleh Hendun.

Di sekitar Jabal Uhud juga ada pasar lambak. Hmmm.... hilang juga rasa keinsafan dengan sejarah bila bershopping pula.

Selepas Isya' dan makan malam. Kami dibawa ke Raudhah. Isteri Ustaz Umar memandu perjalananan kami. Pengalaman yang tidak disangka. Jangkaku akan dapat melihat maqam Nabi SAW. Tapi hanya dapat melihat pagat hijau. Itupun sebelah atas sahaja. Di sebelah muslimah, telah dibina para2 menutupi pagar. Mimbar asal juga hanya kelihatan bahagian atas sahaja. Sempat solat hajat 2 rakaat dalam keadaan yang sgt sesak dan berdoa. Berazam untuk datang lagi!!


Tuesday, September 13, 2011

Biadap tak kalau begini?

Baru lepas discussion dgn 2 orang subordinate. Aku memang menyampah kalau perangai yg begini ada kat depan mata. Kalau bos berperlakuan macam ni pun aku lagi menyampah!!

Ok sedang dlm perbincangan. Aku menerangkan isu perbincangan yang aku tahu mereka tak suka. Bukan salah sesiapa. Dah memang peraturan agensi kerajaan sebegitu. Dan sudah memang peraturan organisasi kami sebegitu. Isunya, bayaran kepada staf part time. Bukan ke semuanya tertakluk kepada pelbagai perintah am. Oii pegi balik kursus induksi la kalau masih tak faham2 lagi isi perintah am.

Aku pun banyak yg tak setuju pasal perintah2 am kerajaan. Tapi kalau nak mentadbir seperti kita ni organisasi swasta, pergilah kerja kat sektor swasta tu. Tapi tak terkeluar dari anak tekak ni ayat beracun ni. Masih ada rasa nak menjaga ukhuwah. Sebagai pentadbir yang tertakluk kepada pelbagai kerenah perintah am, aku terpaksa akur. Bukannya samapai terkeluar dari landasan agama atau falsafah hidup aku sendiri.

Tapi yang paling membarakan hati ialah perangai mereka berdua ni. Ok, kalau bercakap dengan orang lain, especially orang tu ialah orang yang lebih tua ataupun orang atasan, ataupun kawan2 sendirilah, bukankah kita mengarahkan pandangan wajah kita ke muka orang tersebut. Yang minah sorang ni, bercakap dengan aku sambil pandang muka orang lain. Yang pakcik ni pulak boleh tengok telefon memanjang. Baca message, balas mesej. Oiii kalau awak tu berada dalam dewan yang besar tak apalah, ini discussion kita 4 orang saja tau. Perangai2 begini boleh diketegorikan sebagai BIADAP!!!! Sapa yang tak setuju dengan pandangan aku ni???? Mungkin takda sapa pun. HUH GERAM MENYAMPAH!!!

Sunday, September 11, 2011

September, 11

Ada yang menyebutnya September eleven atau nine eleven. Hari ini ulangtahun ke 10 kejadian serangan ke atas World Trade Centre di NY. Banyak fakta2 yg tidak kena tentang kejadian tersebut dan tentang dakwaan2 kerajaan US. Whatever... Nak diulas2 pun perkara dah berlaku. Nak diulas2 pun bukan boleh mengubah pandangan mereka2 yang berkepentingan yang sanggup lakukan apa saja asalkan dapat terus berkuasa....


Apa yang pasti, hari ni hari yg agak sibuk namun membahagiakan hidup. Hari ni menjemput pelajar2 utk dtg ke rumah utk aku jamu dgn sedikit juadah. Tak sangka pula ramai yang datang, bekas pelajar dan pelajar yang aku ajar sekarang. Masak nasi sehingga tiga kali, Kali akhir hanya mampu masak nasi minyak kerana tomato puri dah habis. Menu aku sebenarnya hanya nasi tomato berlaukkan ayam masak merah dan potato salad, nasi impit dengan kuah kacang, kueh2 raya, dan kek dari Four Season Bakery di Shah Alam.

Aku menjangkakan tidak ramai yg dapat dtg kerana ramai juga yang memberitahu yg mereka tiada kenderaan atau ada hal lain. Alhamdulillah kerana ramai yang dapat hadir. Tapi ayam masak merah menjadi ayamas goreng selain nasi tomato menjadi nasi minyak di hujung2 hari. Potato salad yg licin dulu. Mungkin agak berlainan maka ramai yang suka. Nampaknya di lain kali kena bersedia. I akan masak banyak2 kalau jemput you all datang next time, kataku pada mereka. Betul puan betul puan, kata mereka sambil angguk2.

Sibuk juga aku. Bukan dapat duduk berbual sangat. Sibuk ke dapur dan ke depan. Memasak nasik lagi, menggoreng ayam lagi kerana hidangan habis saja. Nasib baiklah suami tersayang membantu habis2an. Tapi, anak2 murid aku ada yang rajin2, yang perempuanlah tentunya. Tolong memasak dan membasuh pinggan mangkuk.

Thuaibah juga datang dengan suami... pengantin baru.... Suriati yg tak sempat jumpa Thuaibah, sibuk melayan anak2 yg tak nak balik dari playground.

Sebenarnya dua hari lepas, birthday suriati. suriati dan Nadim suaminya adalah kawan dari Canberra sama2 belajar di ANU untuk dapatkan PhD. Nadim sudahpun graduat bersama aku July baru ni. su saja menanti giliran. berbalik kepada harijadi Su. Aku sudah beli sebiji kek siap tertulis, HAPPY BIRTDAY SU. Malangnya masa mereka datang aku pula yg terlupa. Konon nak surprise, akhirnya aku sendiri yg terkejut melihat kotak kek dalam fridge. Adulahai.....

Di akhir hari... aku gembira dan bahagia dapat meraikan anak2 murid di rumah sendiri.

Thursday, September 8, 2011

Raya yg berlalu

Hari ini sudah 11 Syawal. Begitu pantas masa meninggalkan kita...

Sudak dua hari emak mertua di hospital. Dimasukkan ke wad kerana buang2 air. Semalam suami menelefon adik, emak tak nak makan. Begitulah emak suami, mudah bersusah hati dan melayan perasaan. Tapi memang begitu keadaan sesetengah kita yang sudah berumur, perempuan pula tu. Susah hati juga mengenangkan emak. Hendak pergi jauh beratus batu. Walhal baru saja pulang dari sana berhari raya.

Hari raya di kampung suami di KT memang sangat rehat, boleh jatuh tahap bosan hehe... Lihat keadaan anak2 juga dah tau. Memang resam keluarga suami tidak begitu kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Jika berhari raya di KT, rumah yang diziarah tak lebih 5 buah rumah.

Raya pertama ke rumah adik2 ipar Aboh (pakcik suami) di Chendering dan Chabang Tiga. Bila berkunjung ke rumah mereka terkenang arwah Mama (isteri Aboh) yang meninggal lebih kurang dua tahun lalu. Ada pilu di hati. Wajah2 mereka seiras dgn wajah Mama. Cara berkata2 juga seperti Mama. Sudah tergenang airmata semasa mengucup pipi tua mereka. Moga Mama tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang yg soleh, ameen.

Raya kedua ke rumah Yop (anak Aboh, sepupu suami la). Dulu mereka sekeluarga tinggal di kedai runcit. Nampak gaya memang seperti dho'if. Tetapi agaknya mengumpul dana untuk membina rumah yang besar dan selesa. Rumah banglo mereka sekarang begitu keadaannya, besar dan selesa, alhamdulillah.

Lewat petang raya kedua ke rumah teman lama kami, Normi. Kali ini tiada emak dan ayah Normi. Ayah Normi telah kembali ke rahmatullah pada Disember 2009 dan emak Normi pertengahan 2010. Mereka adik beradik semua kembali ke rumah itu. Tentu kami seronok bercakap tentang universiti, kawan2 lama, apatah lagi kami berdua telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran pada tahun ini....

Raya ketiga, hari Khamis, ke rumah Fauzi (anak Aboh juga) di Marang. Aboh juga tinggal bersama mereka. Sebenarnya sedih juga melihat keadaan Aboh. Dia kurang bercakap sekarang. Jalan pun semakin perlahan... badan pun semakin tua. Lebih sedih bila mengenangkan seorang dari anaknya yang tak mengenal untung. di masa muda sudahlah membuat kesilapan dan dosa besar, kemudian melalui bala yang sudah tentu menyesakkan fikiran arwah Mama dan Aboh ketika itu. Setelah semua kesusahan berlalu, terlalu hendak mengejar kekayaan pula. Mungkin hendak menebus kehilangan harta benda yang dikumpul semasa mudanya ketika bekerja dengan syarikat gergasi minyak. Hinggakan Aboh sendiri tidak mahu tinggal bersamanya di rumah Aboh sendiri. Khabarnya, dia sudah besarkan sendiri rumah tua Aboh dan menyewakan sebahagian dari rumah tersebut. Sebenarnya, rumah itu adalah rumah Aboh yang sepatutnya dikongsi bersama adik-beradik lain. Tapi nampak gaya, dia berbuat sesuka hati dengan rumah tersebut. Ada juga terserempak dengan dia semasa berkunjung raya, tapi dia seperti tidak dilayan oleh ahli keluarga lain. Ketika di Chabang Tiga umpamanya, Fauzi segera mengajak pulang apabila adiknya itu tiba. Hmmmm..... kesian Aboh....

Hari Jumaat, raya keempat, kami ke Jerteh memenuhi undangan perkahwinan Thuaibah. Huh... jauh juga dari KT. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam. Namun, pemandangan apabila masuk ke kawasan kampung agak indah, ada sawah padi berlatar belakangkan bukit bukau dan gunung ganang... Masyaallah....

Kami jemputan pertama yang tiba. Makan nasi minyak. Kari daging adalah usaha memasak bapa pengantin hmmm... sedappp. Kemudian bersama anak daraku yang seorang duduk di bilik pengantin melihat pengantin disolekkan. Secara tak langsung menjadi penasihat solekan dan hiasan pengantin dan pembantu pengantin mengemas bilik heh heh heh... Sendiri pun bukan pandai bersolek....

Hari Sabtu, raya kelima, awal2 subuh adik sudah meninggalkan KT. Kami masih berdengkur setelah solat Subuh. Kami meninggalkan rumah hampir jam 9. Singgah di perhentian bas KT. Seperti biasalah, aku bershopping sutera batik Terengganu dan English cotton. Pakcik Sidi memang profesional dan sabar walaupun berniaga di tempat kurang standard begitu. Aku tunjukkan baju yang baru ku pakai 2 kali tetapi kainnya dah pecah. Sebenarnya sutera Terengganu yang Pakcik Sidi jual dijamin mutunya dan tidak akan pecah. Dia gantikan dengan batik warna pink berbau wangi. Alhamdulillah. Aku beli 4 helai sutera batik dan 4 helai english cotton. Kain2 ini bakal aku tunjukkan kepada kawan2 di pejabat dan kalau ada yg lebih tidak terjual aku sendiri yang pakai. Biasanya ada lah lebih 2,3 helai. Cukuplah bekalan tambahan baju baru sepanjang tahun...

Kemudian singgah pula di pasar Batu 6. Selain pasar payang, pasar Batu 6 ini juga agak terkenal dgn pelbagai juadah makanan dan keropok. Seperti biasa suami akan membeli kuih akok, aku memilih bahulu utk anak sulung, Amir, dan roti paun (disebut paung!!!) utk Qayim, anak bongsu dan Nadzirah memilih dodol. Oleh kerana tidak sempat membeli keropok di Pasar Payang, kami beli keropok kering ikan tamban di sini. Sayang tiada keropok leko...

Dan kami teruskan perjalanan ke P. Pinang. Huh!!! jam di Machang. Perjalanan 10 kilometer mengambil masa 3 jam!! Setelah itu ada juga jam di beberapa tempat tetapi tidak seteruk di Machang. Kami berpandukan GPS. GPS membawa kami melalui jalan lama yang sudah hampir sangat dgn sempadan Malaysia Thailand. Sudah ada bertemu papan tanda "Stesen Bebas Cukai"??? Melalui hutan belantara di kiri dan kanan. Agak menyeramkan juga la sebab hari sudah gelap. Dan tiada kenderaan bersama kami di depan atau di belakang. Hanya sesekali ada beberapa buah kenderaan dari arah bertentangan.

Kami melalui pekan Banting pula. Lalu di hadapan Mahkamah Majistret Banting. Setelah itu jam sedikit kerana kemalangan di simpang empat. Apabila memasukki lebuhraya, perasaan aku sgt gembira. Kataku, tak pernah rasa seronok bayar tol!!!

Tiba di P.Pinang jam 10.30 malam. Check in di Budget homestay di apartment Permata di Bandar Baru Perda. Rumah memang selesa berpatutan dgn RM80. Ada tiga bilik. Kelengkapan cukup, TV, katil di setiap bilik, telekung, sejadah, arah Qiblat, dapur masak, termos, mesin basuh semi-auto... Tapi keadaan sekeliling tidak bersih. Sampah merata. Tempat buang sampah berbau. PBT ni pun satu. Apartment ada 40 blok. Tong sampah yang disediakan macam untuk 40 rumah saja. Manalah sampah tak melimpah ruah. Bukan di P.Pinang saja macam tu. Apartment dan rumah pangsa di seluruh Malaysia semuanya macam tu. Mentang2lah penghuninya bukan orang kaya dan tidak berpengaruh... Sedih memang sedih..

Makan malam (hampir tengah malam pun) di McD. Lapar.... burger pun sedap. Anak2 memanglah suka menu McD.

Esoknya beraya rumah kak Miah. Dia ni "related by marriage". Adik emak kawin dgn bapa saudara Kak Miah. Huh... jauh tu boleh kategori "bau bau bacang". Tapi Kak Miah sangat baik. Zaman muda2 dulu dia tinggal bersama kami kerana bertugas sebagai jururawat di Hospital Besar KL (sekarang HKL). Aku sendiri masa itu masih di bangku sekolah. Dan sekarang bila Nadzirah di UiTM P.Pinang, dia banyak membantu. sudah 2 kali kami menumpang tidur. Tapi kali ini, aku tau sudah tentu adik2 Kak Miah pulang ke kampung. Sebab itu kami tempah homestay saja.

Tapi, Kak Miah takda. Hantar anak saudara ke hospital. Tunggu hingga jam 11.00. Akhirnya kami minta diri. Namun sempat kami dijamu dengan nasi berlaukkan rendang dan sup ayam oleh isteri adik Kak Miah. Kebetulan pula adik Kak Miah, Din sekeluarga dan Bibah ada. Memang sudah lama tidak bertemu mereka.

Tinggalkan Nadzirah di kolej dan meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Kenderaan banyak dan sesekali jam. Tiba di Seri Iskandar jam 4.00 petang. Tinggalkan Amir pula. Berderai sudah airmata, sedih meninggalkan anak2. Moga2 anak2 terus berusaha belajar dan berjaya mendapatkan diploma, ameen.

Perjalanan ke Shah Alam juga tak jauh beza. Sesekali jam. Sampai ketika azan maghrib berkumandang.

Selesai sudah percutian hari raya tahun 2011. Tidak begitu eventful. Tapi namanya juga cuti, puas la hati merehatkan diri dari rutin pejabat. Dan sebenarnya sangat bersedia untuk menghadap meja di pejabat dan meneruskan tugas...

Tuesday, August 30, 2011

2 Syawal

Sejak 29 Ramadhan sudah sampai di KT. Perjalanan bermula dari Shah alam jam 2.00 ptg 28 Ramadhan. Yg Tersayang ikut jalan dalam, tidak mengikuti lebuhraya. Yg tersyg memang suka ikut jalan kampung. Kalau ikut lebuhraya bosan katanya, mengantuk. Kenderaan pun tidak banyak sepanjang perjalanan melalui negeri Pahang. Jadi, aku kira keputusan yang bijak diambil oleh yang tersyg. Perjalanan lancar sahaja. Namun sebaik sahaja memasuki pintu gerbang Terengganu kenderaan bertambah banyak. Kami berhenti di Mesra Mall, Kemasik, berbuka dgn Burger King. Setelah itu sempat pusing sebentar di kedai-kedai di mall. Aku pula sempat membeli sepasang sandal. Dah namanya perempuan, pantang nampak yg cantik, hendak saja memilikki ....

Sampai di rumah mertua jam 11 lebih malam.

29 Ramadhan sudah tentu sibuk membeli brg keperluan di pasar Payang dan menyediakan juadah raya. Menu kami ketupat, rendang, sambal kacang. Adik ipar yg bongsu sudah meneydiakan satay 100 cucuk. Kami menambah lagi dengan seekor setengah ayam.

Sibuk memasak menyediakan juadah berbuaka lagi. Emak masak laksa penang dan laksa terengganu. Semuanya siap sebelum waktu berbuka. Bagus lah sebab rehat sikit di waktu malam. Pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja2. Esok RAYA!!! yeay!!!

Malamnya kami berjalan di tepi pantai, menyusuri gerai2 jualan. Takda apa yg menarik. Semuanya seperti masa2 yang lalu.

Raya pertama, aku terpaksa miss solat sunat, uzur syar'ie. Sayang betul. Lepas solat bersarapan lagi dan kemudian hendak ke Marang. Hmmm kita ke sana mereka keluar pulak. Nasib baik perasan berselisih. Kami patah balik. Ke Chendering ke rumah adik arwah Mama. dan kemudian ke Chabang, adik arwah Mama sorang lagi. Pilu hati teringat arwah Mama.

Di Chendering kereta Adik tak hidup. Yg tersyg terpaksa pusing semula. Dah nama expert. sekejap aje hidup enjin. Katanya, mana nak hidup letak gear reverse. HAHAHA... jadi sindiran kami peristiwa ini kemudiannya.

Terus balik semula ke Kg Paya. Mereka yg lain ikut kami utk beraya. Petang berehat hingga senja. Makan malam di rumah Achik. waduh ada ikang masing (gaya org ganu bercakap). Macamana ni??? Makan tak berhenti....

Tuesday, August 23, 2011

24 Ramadhan

Mengapa perlu menghilangkan diri
Andai kisah lalu tidak memberi kesan pada diri
Apakah dirimu masih lagi belum mampu
Melupakan kasih dan rindu yang dulu

Bukan aku yang membuka bicara
Tentang semalam yang telah engkau lupa
Telah aku katakan tentang bahagia
Antara aku dan dia yang telah memberi cinta

Namun tiada salah untuk kita berbicara
Tentang semalam walaupun sudah berlalu lama
Tentang remaja dan kebodohan kita
Tentang rindu kasih dan cinta

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan

Sudah berlalu 17 Ranadhan. Masih berbaki 12 atau 13 hari lagi. Moga dikurniakan kekuatan untuk melebihkan kuantiti ibadah.

Hari ni hantar mak ke rumah Zela. Sayu juga rasa di hati. Mak terasa sakit2 di peha hingga ke betis. Biasanya sakit sarafnya. Kerana bimbang di waktu siang tiada siapa di rumah, aku minta hantar mak ke rumah zela saja. Pembantu Zela pun memang suka kalau mak di sana.

Cerita2 dari Zul, Zela dan Ica tentang kebun sawit peninggalan arwah bapak. Alhamdulillah nampaknya hasil konsisten setiap bulan. Sibuk kami merancang bagaimana hendak memanafaatkannya. Sadaqah anak yatim, waqaf, sadaqah utk bina masjid. Seronoknya ada duit utk bersadawah begini. Moga2 arwah bapak dan mak mendapat bahagian pahala dari semua ni, ameen.








Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan

Hari Sabtu pertama Ramadhan. Berbuka bersama-sama Zela dan Zul serta keluarga. Tapi keluarga sudah tidak lengkap. Nasreen, anak sulung Zul di Seri Iskandar. Bagus juga Ajeem, anak kedua Zul balik dari politeknik. Jadi Zul berlima bersama 2 orang anak perempuan lagi.

Zela juga berlima, anak-anaknya Iman, Ifah dan Wana. Iman pulang bercuti hujung minggu dari Kolej MARA di Seremban. Anak yg sulung, Fiqa di Indonesia dan yg kedua, Fina di India.

Aku berempat saja dengan emak. Amir di Seri Iskandar dan Nadzirah di Pulau Pinang. Terasa sanga ketiadaan mereka. Selalunya Nadzirah yang bantu membuat persiapan. Amir pula akan menghabiskan makanan-makanan.

Memang sgt terasa ketiadaan Nasreen, Fiqa, Fina, Amir dan Nadzirah.

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan

Hari ni kurang seronok di ofis. Entah.. aku ke yang salah faham atau memang dia begitu. But she is not tactful in her actions and conversation. Tengah mesyuarat, angkat telefon, bercakap2 dgn org sebelah. Kalau mesyuarat dalam dewan yang besar dan ramai org, tak mengapalah. Perbuatan seperti itu tidak akan disedari oleh orang lain. Ini dalam bilik mesyuarat yang mana ahli yang hadir ada dalam 12 orang. Bersosek-sosek di barisan belakang. I, myself never felt disturbed. Tapi perbuatan sebegitu seolah-olah dia menyatakan, my phone calls are important; or what I'm doing is important..more important than others.

Pada hari ini, dia yang meminta untuk bermesyuarat jam 10.30 pagi. Aku yang sudah selesai kelas jam 10 pagi dan kemudian menyelesaikan sedikit perkara sudah bersedia jam 10.30. Tapi dia masih bergayut di telefon dalam pejabat dia. Ketika dia datang aku pun perli, hmmm kata 10.30 nak meeting. dia cuma jawab, sorry ada important phone call. See what I mean. IMPORTANT... as if the rest of us are not important. Aku sebagai timbalan dekan pun tak boleh dia nak hormati. Helo sis, kalau tak nak hormat aku takpa. Tapi janganlah biarkan orang lain menunggu.

Semasa mesyuarat, dia melompat dari satu isu kepada isu lain. Sehingga aku yang menegur, selesaikan dulu masalah nak download ni. Selesaikan satu persatu... Aku menahan diri dari meninggikan suara.

Dia juga tidak habis-habis menyebut banyak kerja, banyak kerja. Macam orang lain tak banyak kerja. Aku sudah tidak tahan kerana setiap kali mesyuarat dan perbincangan, itu sahaja yang disebutnya. I blurted out these words, "I tau banyak kerja. You all ni bercakap macam I tak tau. I mula masuk office ni, I tanya Pn Hasnah kerja-kerja admin staff. I have their scope of jobs on my table. I know they are very busy!!!" Suara dah mula meninggi. Dia ingat AKU NI BODOH!!!! That's what I've been feeling all this while.

Ya allah, Kurniakanlah kesabaran buat aku


Hari ni berjaya memasak daging. Daging masak kari, kailan goreng dan goreng pisang. Best!!

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Apabila diberikan tanggungjawab baru sejak 1 Julai lepas, tidaklah aku boleh meninggalkan pejabat sebelum jam 5 petang.

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, sempat mengeluarkan daging dari freezer. Berazam untuk masak daging untuk lauk makan malam dan berbuka puasa. Kurang lebih jam 4.30, ada pula yg melangkah masuk ke pejabat. Berlakulah perbincangan yang walaupun tidak formal namun penting untuk program yang kami tawarkan di fakulti. Selesai perbincangan jam sudah bergerak ke 5 ptg.

Walaupun hati melonjak untuk pulang saja dan menangguh kerja membuat salinan nota untuk kelas esok hari, tidak sanggup rasanya. Maka, aku memulakan kerja membuat salinan untuk 12 orang pelajar, nota bab 2 Enterprise Management, soalan2 tahun lepas yg berkaitan dgn bab 2, artikel2 yang juga berkaitan dgn bab 2. akhirnya kerjaku sudah jam 5.30 ptg.

Bergegas berkemas dan separuh berlari keluar dari lift di tingkat tiga dan turun 2 tingkat lagi dgn tangga untuk menuju ke kereta di perkarangan DSB. Jemput Qayyim anak yang bongsu di seksyen 24 dan patah semula melalui jalan tadi. Kononnya ingin mengelak kesesakan. Tapi rasanya sama sahaja. Walaupun tiada kesesakan, tapi kereta berderetan di depan kereta kami. Ada pulak yang bawa kereta bagai di tepi pantai. Berjalan perlahan-lahan, 30 km di bawah kelajuan maksima yang dibenarkan. Waduuuhhh.. sudahlah kita ni nak cepat sampai ke rumah.

Tiba di rumah sudah hampir 6.50. Bergegas ke dapur pulak. Emak sudah membancuh air teh o limau. Hmmm bagus utk berbuka puasa kan....

Ibu, kenapa semua channel boleh tengok, suara Qayyim. Segera aku letak kuali yang di tangan ke atas dapur dan bergegas ke ruang tamu. Hmmm pelik. Aku cuma langgan package RM149 dan channel yg percuma sebenarnya hanyalah 14. Telefon pula ke talian 1300XXX mereka. Seperti biasa, mesin yg menjawab dan membacakan segala macam tawaran, peraturan bla bla bla...

Akhirnya tugas itu diambil alih oleh yang tersayang. Aku sambung semula kerja di dapur. Nampak gaya tak sempat hendak memasak daging. Terpaksa ku simpan semula dan keluarkan pula tin sardin.... Kari sardin, bayam goreng dan telur dadar....

Moga esok hari dapat aku sediakan menu yang lebih menyelerakan ....

Wednesday, June 22, 2011

RINDU EMAK

Seharian hari ini teringat Emak. Emak sekarang ni di JB tinggal sebulan dua di rumah Ica, adik bongsuku. Memang begitulah Emak kalau ke JB, beberapa bulan di sana. Anak-anak Ica masih kecil-kecil. Yang bongsu baru berumur dua tahun setengah. Ditambah pula dapat berjumpa cucu kembar yg juga akan berumur dua tahun minggu hadapan.

Sebelum ke sana, berkali-kali Emak beritahu, sebelum puasa Emak balik. Aku senyum dalam hati. Seronok dan bahagia tahun ni Emak berpuasa di Shah Alam bermakna Ramadhan kami akan bersama Emak.

Sudah dua tahun sebenarnya Emak berpuasa di JB. Kali ini di Shah Alam pula....kata Emak

Wednesday, May 25, 2011

Perjalanan PHD 2

Walau apapun kata mereka, yg merasa sakit adalah kita sendiri. Setelah balik ke tanah air sebenarnya harapan seperti punah, keyakinan diri hilang terbang. Dan diri pun mencari helah untuk berbuat apa saja tetapi bukan thesis sendiri.

Itu di tahun 2008. Tapi beberapa tahun sebelum itu sewaktu kaki melangkah ke kampus universiti paling top di pulau benua, semangat begitu berkobar2. Mengikuti beberapa kelas yang diwajibkan. Menyelesaikan tugasan dan menduduki peperiksaan. Akhirnya layak dipanggil calon phd.

And the pain begun. Proposal setebal 25 mukasurat dikembalikan setelah dua bulan. Pernah menadah questionnaire yg telah disiapkan untuk di review oleh supervisor. Dan pada waktu itu dia pula bergegas untuk bercuti ke luar negara. Teman yg bekongsi supervisor juga menyatakan perkara yg sama. Amat payah untuk bertemu dia dan feedback yang diberikan juga selalu lambat. Semuanya kerana dia tersangat sibuk. Tapi adilkah?

Sedangkan kita pemegang biasiswa kerajaan Malaysia. Punya limit masa. Bila tiba masanya perlu pulang semula ke tanahair. That's what I did. Went home when my 4 years was up. Nak buat macamana lagi? Pulang tanpa PHD...malu? tidak! Kerana aku tahu aku sudah berusaha. Setiap hari ke kampus dari jam 9 hingga 5 atau 6 petang. Bertimbun2 references yg dikumpulkan. Jurnal2 yg setebal 1000 mukasurat pernah aku angkut dari library. Tapi orang lain tak tahu. Nak buat macamana. Penatlah nak cerita segala masalah kita dalam perjalanan di luar negara. Esak tangis kita, hanya kita yg tahu. Tapi aku tak pernah mengeluh atau kesal. Jika ditakdirkan gagal akhirnya pun, terpaksa terima saja. Namun segala pengetahuan yg dikumpulkan adalah sangat berharga.

Progress aku dgn bekerja merentas lautan juga sgt slow. Tapi aku teruskan walau terasa seperti berkayuh sampan di lautan selut. Pengayuh dihayun, terasa amat berat dan perahu hanya bergerak seperti mengensut. Aktiviti sosial dan kekeluargaan terpaksa kurang kecuali hari raya. Mana boleh miss sambutan hari raya!!!! Bekerja 6 hari seminggu dari jam 7.30 am hingga 6.30 atau 7.00 pm hampir setiap hari.

Dan di saat akhir sebelum submit, batuk dan demam selsema melanda. Tapi terpaksa juga mengharung lautan selut. Masa2 begitu tidur hanya 3,4 jam sahaja dan ada hari2nya kurang. Masa2 itu juga timbul conlict dgn supervisor. Huh!!! marah2 pulak dia. Tapi kita ni kan mengharap kepada dia. Nak buat macamana lagi? Mintak maaflah berduyun kali!!!!

Dan akhirnya berjaya submit dan resultsnya sudah di tangan. Alhamdulillah.....

2 minggu tanpa henti

Badan dah terasa kesannya. Hari Jumaat ini, 27 May akan cukuplah bekerja selama 12 hari berturut2 tanpa cuti hujung minggu. Hujung minggu baru lalu 21 & 22 May ke mesyuarat perancangan strategik fakulti di Pan Pacific Hotel. Bila mesyuarat begitu, jam bekerja pun dilanjutkan hingga 10.30 malam. Ada rakan sekerja yg bekerja hingga dinihari kerana meyiapkan presentation untuk sesi terakhir.

Ada juga yg hinting boss supaya memberikan CTG, tapi nampaknya seperti kurang perhatian ha ha ha!!!! Hmmm sekiranya diberi cutipun rasanya aku tak dapat bercuti. Kerja conference masih banyak lagi. Tentu ada potential peserta yg akan menelfon ke pejabat. Tahan ajala kejang2 otot ni hu hu.

Tapi rasa puas hati juga dengan hasil perbincangan dgn rakan2 sekerja. Beberapa proposal dibentangkan dan mendapat pandangan positif dari boss sendiri. Dan hati gembira juga bersama rakan sekumpulan kerana dapat berbincang dgn baik.

Saturday, April 16, 2011

My First SNOWFLY

Jenama kasut snowfly ni. Kenal dari kakak sendiri. Mula2 tengok kasut dia, mmg terpikat. kata dia hanya ada di Metrojaya Midvalley. Kat tempat lain2 tak taulah ada ke tidak. Yg pasti berkeliling tempat aku shopping yg sgt limited memang takda.

Hari ni pujuk yg tersayang ke metro. waduhhh jammed jalanraya. Kepala peningla pulak. Sedawa2... anginla tu. Akhirnya sampai dan Midvalley sgt sesak. Memang rezeki lah sbb ada satu space utk parking betul2 depan lobby lift. Anak bujang da bagi cadangan supaya balik saja.

Masih belum sanggup membeli kasut yg berharga melebihi RM300 (Malah yg lebih RM200 pun masih tak tergamak!!). Makanya hanya mencari2 di bahagian yang peratus diskaunnya tinggi ha ha ha. Akhirnya tersangkut dgn sepasang berwarna maroon. Sudah namanya pun perempuan, sempat mencuba dan membeli lagi sepasang (bukan snowfly) sandal.

Dan sakit kepala pun hilang hehehe

Sunday, April 3, 2011

Perjalanan PHD

Hari Jumaat 1 April 2011. Ia benar-benar berlaku. Bukan April Fool.
Tangan terketar-ketar menjalankan mouse ke arah email dari Australian National University (ANU). ALHAMDULILLAH!!!! Hanya minor correction di samping kesalahan grammar. Biasalah tu, English pun bukan mother tongue kita.

Setiba dari pejabat masa sudah melepasi maghrib. Emak sedang bersolat. Terus ke bilik air. Keluar dari bilik air emak sudah selesai solat. Terus panggil emak (Sebelah telinga emak agak kurang berfungsi). Emak, nak salam mak. Aku capai tangan mak dan cium tangan emak. Dah lulus, kataku. Lulus? Tanya Emak. Aku angguk kuat. Lulus PhD? tanyanya lagi. Aku angguk dan peluk mak. Terima kasih mak sebab doakan kami selama ni. Mak peluk aku erat. Airmatanya mengalir lebih lebat dari airmataku sendiri. Berkali2 aku ucap terima kasih pada emak. Ini semua berkat kerja2 arwah bapak dulu, kata emak. Bapak tak pernah minta bayaran apapun jadi imam surau. Satu sen pun tak pernah dapat tapi surau tak pernah sunyi dari solat jemaah tiap kali waktu solat, alhamdulillah. Berkali-kali emak bertasbih dan mengucap syukur.

PUJIAN2 HANYA UNTUKMU ALLAH!!!!

Friday, March 25, 2011

Kecemerlangan Pelajar

Isu ini memang boleh memeningkan kepala. Walaupun bilangan pelajar sedikit tetapi menguruskannya perlu juga berhati-hati.

Yang aku maksudkan ialah program Chartered Institute of Management Accountants (CIMA). Di Fakulti kami bilangan pelajarnya hanyalah 22 orang. Berbanding dengan program ACCA (Association of Certified Chartered Accountants)yahg mempunyai lebih 500 orang pelajar. Entah kenapa program CIMA seperti takda sambutan.

Jadi, tadinya kami mengatur pertemuan dengan pelajar2 CIMA ini. Dari 22 orang yang hadir 15 orang. Ok la tu. Alangkan kedatangan ke kelas pun ada masalah.

Ada kala aku sendiri tenggelam punca. Jika satu2 cara pengajaran itu aku lihat kurang berkesan atau tidak dapat menarik perhatian mereka di dalam kelas, aku ubah caraku. Contohnya semasa bermula semester, area pengajaran merangkumi Strategic Management. Oleh kerana semester baru bermula aku menggunakan teknik tradisional - pengajaran menggunakan slides. Mereka hanya mendengar. Hanya sesekali mereka bersuara apabila aku ajukan soalan. Sudah tentu membosankan.

Apabila masuk topik Project Management, aku ubah teknik dengan memecahkan mereka kepada 3 kumpulan (ada 12 orang dalam kelas). Mereka akan mentelaah sendiri di dalam kelas, berbincang sesama sendiri. Aku bertindak sebagai fasilitator. tetapi apabila masuk bab ke2, masing2 seperti kepenatan. mereka meminta aku terus membuat penerangan tanpa mereka bertanya dahulu. Memang mereka ini "lack of perseverance". Cepat merasa lelah apabila mentelaah selama dua jam.

Bermula minggu lepas aku ambilalih kelas semula dengan menggunakan teknik tradisional. Tapi aku tinggalkan penggunaan projector. Aku masih edarkan handouts. Ketika mengajar aku refer kepada handouts dan buku teks. Selesai sesi aku assign soalan past year yang berkaitan dengan topik hari tersebut. Dapat aku lihat mereka lebih peka kerana terpaksa meneliti handouts dan buku teks. jadi tidak ramai yang terleka. Aku akan uji mereka dengan kuiz akan datang.

Ok itu usaha aku dengan pelajar2 aku sendiri. Yang menjadi concern kami ialah keputusan peperiksaan mereka yang amat merosot. Fakulti pernah mendapat 60%-70% yang lulus. Tetapi sekarang sekitar 20%-50% sahaja. Aku sendiri pada mula2 diberikan paper Enterprise Management, mendapat antara 40%-50% kelulusan. Tapi pada peperiksaan May 2010, tiada yang lulus 100% pelajar aku gagal!!!! Memang sangat menyedihkan.

Semasa pertemuan tadi kami ada meminta mereka menyenaraikan cara pembelajaran mereka di luar kelas, apa penambaikkan yang akan mereka lakukan dan apa yang pihak fakulti boleh lakukan untuk membantu mereka lulus.

Nanti aku akan analisa apa yang mereka tuliskan. Buat masa ini kertas2 mereka itu sedang diteliti oleh bos.

Friday, March 4, 2011

SELAMAT TINGGAL

KENAPA WALAU SEKIAN LAMA
MASIH ADA RASA LUKA
APABILA KATA YANG DIUCAP
MENIDAKKAN RASA YANG PERNAH TERUNGKAP

SIA-SIAKAH CORETAN ITU
YANG TERLIRIK DI LEMBARAN BIRU
MENEMUKAN DUA HATI
MENYEMARAKKAN KASIH

MEMANG BENUA DAN LAUTAN
TIDAK DAPAT MENEMUKAN
MALAH MENJARAKKAN
APA YANG PERNAH DIJALINKAN

Thursday, March 3, 2011

REPORT ON BUKIT JELUTONG MEETING (just for fun)

At Bukit Jelutong this evening (3/3/11):
1. Sha and Anor trying to put someone's ex's according to chronological order.
2. Having babies in our 40's
3.Topics on Laili, siti, akmar, fadil marwan and talib etc etc etc. so many names, cannot remember....
4. Rahman informs that Fadil Talib's eldest child is getting married and he is inviting everyone
5. etc etc... couldn't catch the conversation at the other end of the table
6. Zam reminding everyone abt badminton tournament. Sha to book Restoren (apa nama dia???). Anor can dance poco2 so 7. she can teach but one problm: her class in Bangi ends at 2.30. Anyway, we opocot2 only la....
8. Anor trying to remember everyone in our class;p2.... hmmm she needs a lot of help ha ha ha
9. There's a secret that related to me???
10. I can say... My flu getting better as I leave San Francisco at 7.30.

Thank you.... until we meet again