Tuesday, August 30, 2011

2 Syawal

Sejak 29 Ramadhan sudah sampai di KT. Perjalanan bermula dari Shah alam jam 2.00 ptg 28 Ramadhan. Yg Tersayang ikut jalan dalam, tidak mengikuti lebuhraya. Yg tersyg memang suka ikut jalan kampung. Kalau ikut lebuhraya bosan katanya, mengantuk. Kenderaan pun tidak banyak sepanjang perjalanan melalui negeri Pahang. Jadi, aku kira keputusan yang bijak diambil oleh yang tersyg. Perjalanan lancar sahaja. Namun sebaik sahaja memasuki pintu gerbang Terengganu kenderaan bertambah banyak. Kami berhenti di Mesra Mall, Kemasik, berbuka dgn Burger King. Setelah itu sempat pusing sebentar di kedai-kedai di mall. Aku pula sempat membeli sepasang sandal. Dah namanya perempuan, pantang nampak yg cantik, hendak saja memilikki ....

Sampai di rumah mertua jam 11 lebih malam.

29 Ramadhan sudah tentu sibuk membeli brg keperluan di pasar Payang dan menyediakan juadah raya. Menu kami ketupat, rendang, sambal kacang. Adik ipar yg bongsu sudah meneydiakan satay 100 cucuk. Kami menambah lagi dengan seekor setengah ayam.

Sibuk memasak menyediakan juadah berbuaka lagi. Emak masak laksa penang dan laksa terengganu. Semuanya siap sebelum waktu berbuka. Bagus lah sebab rehat sikit di waktu malam. Pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja2. Esok RAYA!!! yeay!!!

Malamnya kami berjalan di tepi pantai, menyusuri gerai2 jualan. Takda apa yg menarik. Semuanya seperti masa2 yang lalu.

Raya pertama, aku terpaksa miss solat sunat, uzur syar'ie. Sayang betul. Lepas solat bersarapan lagi dan kemudian hendak ke Marang. Hmmm kita ke sana mereka keluar pulak. Nasib baik perasan berselisih. Kami patah balik. Ke Chendering ke rumah adik arwah Mama. dan kemudian ke Chabang, adik arwah Mama sorang lagi. Pilu hati teringat arwah Mama.

Di Chendering kereta Adik tak hidup. Yg tersyg terpaksa pusing semula. Dah nama expert. sekejap aje hidup enjin. Katanya, mana nak hidup letak gear reverse. HAHAHA... jadi sindiran kami peristiwa ini kemudiannya.

Terus balik semula ke Kg Paya. Mereka yg lain ikut kami utk beraya. Petang berehat hingga senja. Makan malam di rumah Achik. waduh ada ikang masing (gaya org ganu bercakap). Macamana ni??? Makan tak berhenti....

No comments: