Tuesday, November 22, 2011

PERJALANAN HAJI 1

6 Oktober 2011, Khamis
Dalam penerbangan menuju Madinah

Sesekali timbul kerinduan kepada Rasululllah saw, kepada Kaabah. Airmata sudah di tubir mata. Jauh di sudut hati sangat mengharap agar dapat ziarah maqam Baginda dan keluarga serta sahabat2. Takut juga kerana umat manusia terlalu ramai sekarang ini.

Sibuk menyenaraikan doa2. Hmmm banyak juga yg hendak dimohon dari Allah SWT di tanah haram nanti. Rasa kerdil dengan segala dosa2 yang pernah kita lakukan dan kini macam2 pula permintaan kita.


Di Madinah
Solat Asar pertama di Masjid Nabawi. Rasa terharu tatkala pertama kali menatap Masjid Nabawi. Rasa dekat dengan Baginda. assalamualaika ya Rasululullah. Assalamualaika ya Habiballah. Syukur aku dapat berada di sini.

Terbayang2 eumah daif Baginda di Masjid yang serba indah...

Tinggal di Hotel Riyal Dyar.



Teman sebilik - Cikgu Norhamiah Mohammadan dari Pendang Kedah. Kami panggil Miah saja. Orangnya peramah. Segalanya hendak dia komen. Kak Rokiah dari Felda Jengka Pahang. Datang dengan anak lelaki. Suaminya sudah meninggal. Pendiam sedikit tapi boleh rancak berbual. Kak Kiah punya sikap yang bagus. Aku kira hatinya bersih tidak bersangka buruk dengan orang lain. Lepas seminggu di Makkah wajah Kak Kiah seperti bercahaya, putih dan bersih. Sebenarnya kami berempat. Seorang lagi Makcik Halimah. Tapi tak mahu duduk bersama kami. Hendak bersama kawan-kawan katanya. Dan dia pun pindah ke bilik yang selang sebuah dari kami. Jadinya kami bertiga walaupun ada 4 katil.







7 Oktober 2011, Jumaat
Selepas solat Suboh kami menaikki shuttle bus ke Masjid Quba. Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

Masjid Quba' ialah masjid pertama dibina oleh Baginda SAW ketika beliau dan para muhajirin berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Kami akan dibawa ke Masjid Quba setiap hari selama 7 hari.






Selepas Asar tunggu Zabri lama di pintu pagar. Rupanya dia masuk ke Raudhah. Aku mula jealous sbb belum berperluang ke Raudhah lagi.

Malam selepas makan malam, Ustaz Umar bawa ke perkarangan masjid asal. Ucap salawat dan salam kepada Rasul SAW dan ahli perkuburan Baqi'. Pilu rasa di hati mengenangkan perjuangan Nabi SAW dan sahabat2 Baginda.

8 Oktober 2011, Sabtu
Jadual agak padat hari ini kerana aktiviti ziarah luar. Masjid Quba tapi manusia ramai kerana kami sampai lewat dari semalam. solat sunat tahiyatul masjid dan dhuha betul2 di tepi sekali.

Ke ladang tamar. Hari semakin panas. Pasar tamar sesak. Beli sekilo saja tamar dan 2 peket buah tin. Nasib baik tak beli banyak. Menurut Ustaz Yusuf, harga di kedai2 sekitar hotel mungkin lebih murah lagi.



Kemudian kami dibawa ke Jabal Uhud, tempat peperangan Uhud. Di perkarangan Maqam para syuhada' Uhud, Ustaz Umar menyingkap sejarah perang Uhud dan menunjukkan Jabar Rumah di mana pasukan pemanah tentera Islam yang sepatutnya mempertahankan kedudukan mereka telah meninggalkan kedudukan mereka dan turun untuk mengambil harta rampasan perang. Tentara Umar kemudian mengambil peluang berpatah semula dan memanjat Jabal Rumah dan menyerang pasukan pemanah tentera Islam. Ustaz menunjukkan bukit yang di sebelah kiri di mana Rasulullah berada ketika itu. Dan Baginda juga cedera dan patah gigi. Sesungguhnya perang Uhud hendaklah sentiasa diamati kerana banyak pengajaran di sebaliknya.




Ustaz Yusuf juga bercerita tentang banjir yang melanda maqam syuhada Uhud menyebabkan jenazah2 mereka terbongkar. Mereka telah dapat mengecam jenazah Saidina Hmazah yang telah dirobek dadanya oleh Hendun.

Di sekitar Jabal Uhud juga ada pasar lambak. Hmmm.... hilang juga rasa keinsafan dengan sejarah bila bershopping pula.

Selepas Isya' dan makan malam. Kami dibawa ke Raudhah. Isteri Ustaz Umar memandu perjalananan kami. Pengalaman yang tidak disangka. Jangkaku akan dapat melihat maqam Nabi SAW. Tapi hanya dapat melihat pagat hijau. Itupun sebelah atas sahaja. Di sebelah muslimah, telah dibina para2 menutupi pagar. Mimbar asal juga hanya kelihatan bahagian atas sahaja. Sempat solat hajat 2 rakaat dalam keadaan yang sgt sesak dan berdoa. Berazam untuk datang lagi!!


No comments: