Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Apabila diberikan tanggungjawab baru sejak 1 Julai lepas, tidaklah aku boleh meninggalkan pejabat sebelum jam 5 petang.

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, sempat mengeluarkan daging dari freezer. Berazam untuk masak daging untuk lauk makan malam dan berbuka puasa. Kurang lebih jam 4.30, ada pula yg melangkah masuk ke pejabat. Berlakulah perbincangan yang walaupun tidak formal namun penting untuk program yang kami tawarkan di fakulti. Selesai perbincangan jam sudah bergerak ke 5 ptg.

Walaupun hati melonjak untuk pulang saja dan menangguh kerja membuat salinan nota untuk kelas esok hari, tidak sanggup rasanya. Maka, aku memulakan kerja membuat salinan untuk 12 orang pelajar, nota bab 2 Enterprise Management, soalan2 tahun lepas yg berkaitan dgn bab 2, artikel2 yang juga berkaitan dgn bab 2. akhirnya kerjaku sudah jam 5.30 ptg.

Bergegas berkemas dan separuh berlari keluar dari lift di tingkat tiga dan turun 2 tingkat lagi dgn tangga untuk menuju ke kereta di perkarangan DSB. Jemput Qayyim anak yang bongsu di seksyen 24 dan patah semula melalui jalan tadi. Kononnya ingin mengelak kesesakan. Tapi rasanya sama sahaja. Walaupun tiada kesesakan, tapi kereta berderetan di depan kereta kami. Ada pulak yang bawa kereta bagai di tepi pantai. Berjalan perlahan-lahan, 30 km di bawah kelajuan maksima yang dibenarkan. Waduuuhhh.. sudahlah kita ni nak cepat sampai ke rumah.

Tiba di rumah sudah hampir 6.50. Bergegas ke dapur pulak. Emak sudah membancuh air teh o limau. Hmmm bagus utk berbuka puasa kan....

Ibu, kenapa semua channel boleh tengok, suara Qayyim. Segera aku letak kuali yang di tangan ke atas dapur dan bergegas ke ruang tamu. Hmmm pelik. Aku cuma langgan package RM149 dan channel yg percuma sebenarnya hanyalah 14. Telefon pula ke talian 1300XXX mereka. Seperti biasa, mesin yg menjawab dan membacakan segala macam tawaran, peraturan bla bla bla...

Akhirnya tugas itu diambil alih oleh yang tersayang. Aku sambung semula kerja di dapur. Nampak gaya tak sempat hendak memasak daging. Terpaksa ku simpan semula dan keluarkan pula tin sardin.... Kari sardin, bayam goreng dan telur dadar....

Moga esok hari dapat aku sediakan menu yang lebih menyelerakan ....

No comments: