Tuesday, July 28, 2009

GAGAL MERANCANG???

Semalam notis dinaikkan di papan kenyataan sekitar jam 10 pagi. Aku yg biasanya sampai di pejabat jam 7.30 pagi, tentulah tidak terbaca notis tersebut. Selepas punch in melihat-lihat email kemudian ke bilik mesyuarat menyudahkan kerja-kerja editing.


Waktu lunch, jenguk email, dah ada email suruh hadir workshop esok harinya (hari ni la). Tak ke tensyen. Aku memang tahu the content of the workshop is important. Tapi pemberitahuan pada saat-saat akhir sudah membayangkan tiada perancangan teliti dibuat. Apakah perkara sepenting itu tidak ada perancangan yang lebih teliti? Bagai menggambarkan ianya tidak penting. Main tangkap muat.


Persediaan minda juga sangat perlu bagi pekerja di sesebuah organisasi. Bila diadakan workshop seperti ini sudah tentu ada expectation dari pihak atasan. Maka jika tidak ada persediaan minda dari staf bawahan, mereka yang hadir akan hadir dengan perasaan sambil lewa. Natijahnya, apa yg diharapkan oleh pihak atasan tidak akan tercapai. Dan dalam jangka masa panjang objektif organisasi juga tidak akan tercapai.

Notis di saat-saat akhir juga menggambarkan pengurusan yang celaru. Ia memberi gambaran bukan satu isu ini sahaja yang tiada perancangan. Mungkin ada perkara lain lagi yang tidak dirancang dengan teliti oleh pihak pengurusan. And most probably this assumpition is always true. Ia juga menggambarkan ketidak seriusan pihak pengurusan sendiri. Tidak serius dalam kerja-kerja pentadbiran.


Dalam sesebuah organisasi, setiap staf sudah ada routine tasks tersendiri. Ini adalah kerja hakiki yang mesti dibereskan. Dengan perkara-perkara mendatang sebegini akan mengganggu routine tasks pekerja. Kerja-kerja hakiki mungkin tidak akan dibereskan dengan baik dan lebih buruk lagi tidak dapat dilaksanakan. Perlu diingat, deadlines have to be met. Kalau staf disibukkan dengan notis-notis last minute begini, deadlines may not be met. Walaubagaimanapun, sekiranya ample notice is given, staf boleh membuat perancangan semula ke atas routine task mereka.


WHY CAN’T THE ADMINISTRATORS UNDERSTAND THIS?????

Monday, July 27, 2009

BBQ 2 July, 25th

Bukan sempena apa-apa pun. Kebetulan Emak balik dari JB, senyum simpul sebab dapat cucu kembar. Adik di Singapura bersalin kembar dua, Nurain Qaisara dan Nurain Qasrina.

BBQ di rumah emak. Sesekali berkumpul dengan abang dan kakak. Anak-anak saudara pun gembira bukan main kalau berBBQ. Menunya memang membuka selera muda mereka he he he



Potato salad

Lamb

We just love barbeque!!!!
Mak terpaksa ikut selera anak cucu sesekali - cream of mushroom soup, bukan dari tin campbell, seriously HOMEMADE!!!
Keluarga Pak Long terlewat sampai. Tunggu ayam siap dipanggang tuuuu



Dah macam rupa alien pulak dah


Da Expert!!!



Nadzirah and Iffah really enjoying the food

Thursday, July 16, 2009

Terkenang Tulip

Lokasi: Canberra, Australia
Event: Floriade






























Friday, July 3, 2009

Al Fatihah untuk Mak Itam



Mak itam telah pergi meninggalkan kami semua pada 28 Jun 2009. Aku mendapat panggilan dari adik di JB sejurus masuk waktu Magrib hari Sabtu, 27 Jun lalu. Mak Itam sudah tidak sedarkan diri di Hospital Sultanah Aminah. Tubuhnya tidak bertindak balas dengan antibiotik. Mak Itam disahkan mengidap Acute Myeloid Leukimia (AML) seminggu sebelumnya. Doktor mengsyakki kanser pada awal Jun baru lalu dan ujian air tulang belakang mengesahkannya. Sememangnya kanser ini datang dengan senyap tanpa apa-apa sebab. AML merebak dengan pantas. Dan dengan faktor umur, aku tahu Mak Itam tidak akan lama dengan kami. Namun aku sungguh tidak menyangka perginya terlalu pantas, lebih pantas.

Kami berkemas untuk ke JB membawa emak. Aku, kakak, abang dan adik-adik masih merahsiakan penyakit Mak Itam dari emak. Mak Itam adik kepada emak. Emak anak yang sulung dan Mak Itam yang kedua. Sesungguhnya kami amat bimbang dengan tahap kesihatan emak. Sejak dari strok bulan November 2008, kami memang berhati-hati dengan emak. Tidak mahu emak susah hati langsung. Tapi aku dapat rasakan emak sudah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Mak Itam. Kerana aku dan keluarga begitu bersungguh untuk pulang ke JB malam Sabtu itu juga. Emak kelihatan sangat tenang. Kami bertolak jam 9.30 malam setelah solat Isya’.

Tiba dia HSA JB kira-kira jam 2.30 pagi. Yang Tersayang mengambil masa berpusing-pusing di bandar JB. Maklumlah sudah lama tidak ke JB. Kalau ke JB hanyalah ke rumah adik di Mutiara Rini dan rumah saudara-mara yang lain di pinggir bandar JB.

Ada 3,4 buah mesin di tepi katil Mak Itam. Ada saluran berselirat di jari, lengan, hidung, mulut dan dada. Aku dan emak sudah tidak dapat membendung airmata. Aku berdiri di sisi katil sambil membaca surah yassin. Airmataku mencurah-curah. Tidak sanggup melihat sekujur tubuh yang selalunya aktif dan sihat bergerak terbaring lemah. Sesekali dadanya berombak.

Pulang ke rumah adik sekitar jam 4 pagi. Aku sempat sms kakak memaklumkan keadaan Mak Itam. Pagi-pagi sesudah subuh abang menelefon dari KL. Aku meminta dia dan kakak agar datang segera ke JB.

Ke HSA lagi tengahari Ahad. Kelihatan Mak Itam stabil. Ramai keluarga, sahabat datang melawat. Ketika hendak meninggalkan wad, aku sedikit gusar. Tekanan darah Mak Itam nampak seperti stabil, tapi ada ketikanya ia turun mendadak dan naik kembali seperti normal. Namun kami pulang juga untuk memberi peluang emak berihat.

Ketika membeli sedikit barang-barang dapur, pakcik menelefon adik meminta kami datang kembali ke HSA. Kami bergegas ke rumah adik untuk solat Asar dan menyimpan bahan-bahan mentah yang dibeli tadinya. Tapi sebaik sahaja sampai di rumah, pakcik menelefon lagi memaklumkan Mak Itam sudah tiada. Aku terduduk di kerusi.

Setelah maghrib kami bertahlil.

Jam 7 pagi Isnin kami meninggalkan JB menuju Pontian, kampung tempat tumpah darah ku. Mak Itam akan dikebumikan berdekatan dengan pusara suaminya. Rumah Mak Itam menyaksikan tamu Mak Itam yang melimpah ruah. Ketika hayatnya Mak Itam memang sangat pemurah, sangat prihatin. Dia telah memelihara tiga orang anak yatim di rumahnya dari mereka kecil hinggalah ke hari ini. Mak Itam punya tiga orang anak tetapi masih belum mepunyai cucu sendiri. Cucu-cucunya terdiri dari anak-anak kepada mereka yang dia pelihara itu. Selain dari itu Mak Itam juga mengambil berat kehidupan sepupunya sendiri yang merupakan seorang ibu tunggal dengan 8 orang anak. Makan, minum dan pakai mereka anak beranak seperti sudah menjadi tanggungjawab Mak Itam.

Melihat kepada ramainya orang yang datang untuk menziarah, aku tahu kehidupan Mak Itam telah menyentuh terlalu ramai orang kampung. Semasa hayat mereka, Mak Itam dan arwah suaminya amat dihormati oleh orang kampung. Al Fatihah..

Mak Itam dalam Kenangan
Semasa kecilnya kami lima beradik, kedatangan Mak Itam ke KL menjenguk keluarga kami memang amat kami tunggu. Setiap kali datang ada sahaja buah tangan Mak Itam, baju, kasut. Makanan usah dikatakan lagi. Separuh boot kereta dipenuhi makanan. Mak Itam seorang guru sekolah rendah di bandar Pontian dan arwah suaminya seorang guru besar. Sudah tentu dia dapat merasakan keperitan hidup kami di KL. Arwah Bapa hanya seorang buruh dan emak suri rumahtangga sahaja.

Aku masih ingat sepasang kurung merah samar kain kapas yang Mak Itam bawa untukku. Ketika dia dan suami tiba di rumah kami yang terletak di sebuah kampung di pinggir kotaraya KL, hari sudah senja. Aku, abang, kakak dan adik sudah mandi membersihkan diri bersedia untuk waktu maghrib. Mak Itam membahagi-bahagikan buah tangannya kepada kami adik beradik. Aku pegang erat baju kurung itu. Masuk kembali ke bilik air untuk mandi kali kedua senja itu dan kemudian menyarungkan baju kurung itu. Hatiku berbunga-bunga seperti bunga-bunga kecil di baju kurung itu.

Dan apabila kami semua sudah dewasa, Mak Itam tetap manjakan kami seperti dulu juga. Bila pokok durian sudah mula berbunga dia akan menelefon, derian dah berbunga, 2,3 bulan lagi baliklah makan derian (orang Johor sebut durian “derian”) Terngiang suara serak-seraknya. Namun, kerana kesibukan yang memanjang, teramat jarang kami dapat memenuhi permintaannya.

Di salah satu ketika musim buah, kami adik-beradik dan keluarga berkesempatan pulang ke Pontian. Tiba di rumah Mak Itam, dia tidak ada. Mak Itam di kebun. Setelah membasah tekak, kami ke kebun. Sesampai di sana, bagai hendak luruh jantungku melihat Mak Itam memikul bakul berisi buah. Kami berlari ke arahnya, Mak Itam, kenapa pikul sendiri, kami adik beradik menggeleng-geleng kepala. Kami ambil bakul dari bahunya. Seperti selalu Mak Itam tersenyum, Alhamdulillah dapat balik semua, dapatlah merasa derian tahun ni, katanya. Mak Itam bagaikan tidak mengenal penat.

Malamnya Mak Itam memberitahu, dia serik mengupah orang menguruskan kebun. Tahun sebelumnya dia telah mengupah, bukan orang lain pun, saudara sendiri juga. Akhirnya yang dapat hanyalah RM300 (kalau tak salah ingatanku).

Dengan anak-anak kecil juga Mak Itam begitu menunjukkan kasihnya. Setiap kali kami pulang ke Pontian, dia akan ke kedai. Akan diborongnya pelbagai jenis keropok untuk cucu-cucu saudaranya (anak-anak kami).

Malah kucing peliharaan keluarga di kampung juga amat mengenali Mak Itam. Nampak sahaja kereta Mak Itam di pangkal lorong masuk ke rumah, kucing-kucing akan berlari mendapatkan Mak Itam. Mereka tahu ada habuan makanan untuk mereka. Tidur malam Mak Itam juga dengan kucing.

Soal memasak memang Mak Itam juara. Kami selalu mengusik Mak Itam yang memang sangat rajin memasak. Dapurnya bagai restoren 24 jam (hampir!!!). Mejanya tidak kering makanan. Kalau diberitahu lebih awal yang kami akan pulang ke kampung, Mak Itam akan menyediakan juadah hingga penuh meja.

Kenangan terakhir, kucupan aku di dahi Mak Itam yang dingin. Wajahnya bagai dia sedang tidur dan bibirnya bagai tersenyum. Al Fatihah untuk mu.