Tuesday, January 20, 2009

Presiden Baru US

Agaknya beribu dah orang tulis pasal Obama ni. Anak-anak sekolah pun pandai berbicara tentang dia. Waktu mula-mula kemenangan beliau dalam pilihanraya presiden, aku gembira sangat, iyelah ada sinaran baru dalam dunia yang masih prejudis, berat sebelah dll. Bagai ada pengharapan dalam keadaan-keadaan yang tampak mustahil.

Dalam kemelut di Palestine yang mempamerkan kekejaman yahudi zionis yang diredhai oleh Amerika, Obama tidak keluarkan kenyataan tentangnya. Aku seperti agak sangsikerana masih tidak dapat melihat pendirian beliau yang sebenar terutamanya berkenaan negara Islam. Kerana selama ini pemerintahan Amerika bukan sahaja dibayangi oleh yahudi zionis ni, tetapi didalangi oleh mereka sebenarnya. Apakah Obama yakin sekiranya dia tidak mengikut telunjuk yahudi zionis ini, beliau boleh membawa Amerika lebih jauh lagi dari keadaannya sekarang?

Ramai yang memuji, walaupun ada yang mengkritik ucapan Obama di majlis perlantikan beliau. Bagiku, memang payah hendak berjanji apa-apa dalam kemelut ekonomi global yang kritikal. Aku masih skeptik dengan ucapan beliau sebenarnya terutama tentang hasrat beliau untuk memulihkan dan mengekalkan perhubungan baik dengan dunia Islam. Aku rasa seperti mustahil untuk presiden Amerika untuk tidak mengikut telunjuk zionis lagi.

Tetapi hari ini apabila membaca sesuatu yang real, ada keyakinan yang terbit, seperti ada sinar harapan lagi. Obama telah mengarahkan supaya kes-kes di Guantamao Bay dibekukan perbicaraannya (Obama seeks halt to Guantanamo trials). (http://news.yahoo.com/s/nm/20090121/ts_nm/us_guantanamo_trials) Beliau telah dinasihati supaya membicarakan mereka di bawah undang-undang yang sedia ada, yang akan lebih telus lagi. Jadi? Harapanku semoga hari-hari mendatang akan ada lagi berita dan harapan yang baik dari orang yang paling berkuasa di dunia fana ini....