Tuesday, August 30, 2011

2 Syawal

Sejak 29 Ramadhan sudah sampai di KT. Perjalanan bermula dari Shah alam jam 2.00 ptg 28 Ramadhan. Yg Tersayang ikut jalan dalam, tidak mengikuti lebuhraya. Yg tersyg memang suka ikut jalan kampung. Kalau ikut lebuhraya bosan katanya, mengantuk. Kenderaan pun tidak banyak sepanjang perjalanan melalui negeri Pahang. Jadi, aku kira keputusan yang bijak diambil oleh yang tersyg. Perjalanan lancar sahaja. Namun sebaik sahaja memasuki pintu gerbang Terengganu kenderaan bertambah banyak. Kami berhenti di Mesra Mall, Kemasik, berbuka dgn Burger King. Setelah itu sempat pusing sebentar di kedai-kedai di mall. Aku pula sempat membeli sepasang sandal. Dah namanya perempuan, pantang nampak yg cantik, hendak saja memilikki ....

Sampai di rumah mertua jam 11 lebih malam.

29 Ramadhan sudah tentu sibuk membeli brg keperluan di pasar Payang dan menyediakan juadah raya. Menu kami ketupat, rendang, sambal kacang. Adik ipar yg bongsu sudah meneydiakan satay 100 cucuk. Kami menambah lagi dengan seekor setengah ayam.

Sibuk memasak menyediakan juadah berbuaka lagi. Emak masak laksa penang dan laksa terengganu. Semuanya siap sebelum waktu berbuka. Bagus lah sebab rehat sikit di waktu malam. Pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja2. Esok RAYA!!! yeay!!!

Malamnya kami berjalan di tepi pantai, menyusuri gerai2 jualan. Takda apa yg menarik. Semuanya seperti masa2 yang lalu.

Raya pertama, aku terpaksa miss solat sunat, uzur syar'ie. Sayang betul. Lepas solat bersarapan lagi dan kemudian hendak ke Marang. Hmmm kita ke sana mereka keluar pulak. Nasib baik perasan berselisih. Kami patah balik. Ke Chendering ke rumah adik arwah Mama. dan kemudian ke Chabang, adik arwah Mama sorang lagi. Pilu hati teringat arwah Mama.

Di Chendering kereta Adik tak hidup. Yg tersyg terpaksa pusing semula. Dah nama expert. sekejap aje hidup enjin. Katanya, mana nak hidup letak gear reverse. HAHAHA... jadi sindiran kami peristiwa ini kemudiannya.

Terus balik semula ke Kg Paya. Mereka yg lain ikut kami utk beraya. Petang berehat hingga senja. Makan malam di rumah Achik. waduh ada ikang masing (gaya org ganu bercakap). Macamana ni??? Makan tak berhenti....

Tuesday, August 23, 2011

24 Ramadhan

Mengapa perlu menghilangkan diri
Andai kisah lalu tidak memberi kesan pada diri
Apakah dirimu masih lagi belum mampu
Melupakan kasih dan rindu yang dulu

Bukan aku yang membuka bicara
Tentang semalam yang telah engkau lupa
Telah aku katakan tentang bahagia
Antara aku dan dia yang telah memberi cinta

Namun tiada salah untuk kita berbicara
Tentang semalam walaupun sudah berlalu lama
Tentang remaja dan kebodohan kita
Tentang rindu kasih dan cinta

Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan

Sudah berlalu 17 Ranadhan. Masih berbaki 12 atau 13 hari lagi. Moga dikurniakan kekuatan untuk melebihkan kuantiti ibadah.

Hari ni hantar mak ke rumah Zela. Sayu juga rasa di hati. Mak terasa sakit2 di peha hingga ke betis. Biasanya sakit sarafnya. Kerana bimbang di waktu siang tiada siapa di rumah, aku minta hantar mak ke rumah zela saja. Pembantu Zela pun memang suka kalau mak di sana.

Cerita2 dari Zul, Zela dan Ica tentang kebun sawit peninggalan arwah bapak. Alhamdulillah nampaknya hasil konsisten setiap bulan. Sibuk kami merancang bagaimana hendak memanafaatkannya. Sadaqah anak yatim, waqaf, sadaqah utk bina masjid. Seronoknya ada duit utk bersadawah begini. Moga2 arwah bapak dan mak mendapat bahagian pahala dari semua ni, ameen.








Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan

Hari Sabtu pertama Ramadhan. Berbuka bersama-sama Zela dan Zul serta keluarga. Tapi keluarga sudah tidak lengkap. Nasreen, anak sulung Zul di Seri Iskandar. Bagus juga Ajeem, anak kedua Zul balik dari politeknik. Jadi Zul berlima bersama 2 orang anak perempuan lagi.

Zela juga berlima, anak-anaknya Iman, Ifah dan Wana. Iman pulang bercuti hujung minggu dari Kolej MARA di Seremban. Anak yg sulung, Fiqa di Indonesia dan yg kedua, Fina di India.

Aku berempat saja dengan emak. Amir di Seri Iskandar dan Nadzirah di Pulau Pinang. Terasa sanga ketiadaan mereka. Selalunya Nadzirah yang bantu membuat persiapan. Amir pula akan menghabiskan makanan-makanan.

Memang sgt terasa ketiadaan Nasreen, Fiqa, Fina, Amir dan Nadzirah.

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan

Hari ni kurang seronok di ofis. Entah.. aku ke yang salah faham atau memang dia begitu. But she is not tactful in her actions and conversation. Tengah mesyuarat, angkat telefon, bercakap2 dgn org sebelah. Kalau mesyuarat dalam dewan yang besar dan ramai org, tak mengapalah. Perbuatan seperti itu tidak akan disedari oleh orang lain. Ini dalam bilik mesyuarat yang mana ahli yang hadir ada dalam 12 orang. Bersosek-sosek di barisan belakang. I, myself never felt disturbed. Tapi perbuatan sebegitu seolah-olah dia menyatakan, my phone calls are important; or what I'm doing is important..more important than others.

Pada hari ini, dia yang meminta untuk bermesyuarat jam 10.30 pagi. Aku yang sudah selesai kelas jam 10 pagi dan kemudian menyelesaikan sedikit perkara sudah bersedia jam 10.30. Tapi dia masih bergayut di telefon dalam pejabat dia. Ketika dia datang aku pun perli, hmmm kata 10.30 nak meeting. dia cuma jawab, sorry ada important phone call. See what I mean. IMPORTANT... as if the rest of us are not important. Aku sebagai timbalan dekan pun tak boleh dia nak hormati. Helo sis, kalau tak nak hormat aku takpa. Tapi janganlah biarkan orang lain menunggu.

Semasa mesyuarat, dia melompat dari satu isu kepada isu lain. Sehingga aku yang menegur, selesaikan dulu masalah nak download ni. Selesaikan satu persatu... Aku menahan diri dari meninggikan suara.

Dia juga tidak habis-habis menyebut banyak kerja, banyak kerja. Macam orang lain tak banyak kerja. Aku sudah tidak tahan kerana setiap kali mesyuarat dan perbincangan, itu sahaja yang disebutnya. I blurted out these words, "I tau banyak kerja. You all ni bercakap macam I tak tau. I mula masuk office ni, I tanya Pn Hasnah kerja-kerja admin staff. I have their scope of jobs on my table. I know they are very busy!!!" Suara dah mula meninggi. Dia ingat AKU NI BODOH!!!! That's what I've been feeling all this while.

Ya allah, Kurniakanlah kesabaran buat aku


Hari ni berjaya memasak daging. Daging masak kari, kailan goreng dan goreng pisang. Best!!

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Apabila diberikan tanggungjawab baru sejak 1 Julai lepas, tidaklah aku boleh meninggalkan pejabat sebelum jam 5 petang.

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, sempat mengeluarkan daging dari freezer. Berazam untuk masak daging untuk lauk makan malam dan berbuka puasa. Kurang lebih jam 4.30, ada pula yg melangkah masuk ke pejabat. Berlakulah perbincangan yang walaupun tidak formal namun penting untuk program yang kami tawarkan di fakulti. Selesai perbincangan jam sudah bergerak ke 5 ptg.

Walaupun hati melonjak untuk pulang saja dan menangguh kerja membuat salinan nota untuk kelas esok hari, tidak sanggup rasanya. Maka, aku memulakan kerja membuat salinan untuk 12 orang pelajar, nota bab 2 Enterprise Management, soalan2 tahun lepas yg berkaitan dgn bab 2, artikel2 yang juga berkaitan dgn bab 2. akhirnya kerjaku sudah jam 5.30 ptg.

Bergegas berkemas dan separuh berlari keluar dari lift di tingkat tiga dan turun 2 tingkat lagi dgn tangga untuk menuju ke kereta di perkarangan DSB. Jemput Qayyim anak yang bongsu di seksyen 24 dan patah semula melalui jalan tadi. Kononnya ingin mengelak kesesakan. Tapi rasanya sama sahaja. Walaupun tiada kesesakan, tapi kereta berderetan di depan kereta kami. Ada pulak yang bawa kereta bagai di tepi pantai. Berjalan perlahan-lahan, 30 km di bawah kelajuan maksima yang dibenarkan. Waduuuhhh.. sudahlah kita ni nak cepat sampai ke rumah.

Tiba di rumah sudah hampir 6.50. Bergegas ke dapur pulak. Emak sudah membancuh air teh o limau. Hmmm bagus utk berbuka puasa kan....

Ibu, kenapa semua channel boleh tengok, suara Qayyim. Segera aku letak kuali yang di tangan ke atas dapur dan bergegas ke ruang tamu. Hmmm pelik. Aku cuma langgan package RM149 dan channel yg percuma sebenarnya hanyalah 14. Telefon pula ke talian 1300XXX mereka. Seperti biasa, mesin yg menjawab dan membacakan segala macam tawaran, peraturan bla bla bla...

Akhirnya tugas itu diambil alih oleh yang tersayang. Aku sambung semula kerja di dapur. Nampak gaya tak sempat hendak memasak daging. Terpaksa ku simpan semula dan keluarkan pula tin sardin.... Kari sardin, bayam goreng dan telur dadar....

Moga esok hari dapat aku sediakan menu yang lebih menyelerakan ....