Monday, November 28, 2011

PERJALANAN HAJI 2

10 Oktober 2011 Isnin

Beruntung hari ini solat suboh di Masjid Nabawi. Imam menangis teresak-esak. Aku kira puluhan ribu jamaah turut mengalirkan airmata.

Hendak melawat Raudah buat kali kedua. Menunggu dari 8.45 pagi dan akhirnya dapat masuk jam 10.45 pagi. Sayu melihat pagar makam, Hanya itu kesempatan yang ada.

Ketika menunggu utk masuk ke Raudhah, terkenangkan saat Nabi SAW hendak dicabut nyawanya oleh Izrail. Baginda ucapkan, "umatku, umatku, umatku.." Sayangnya Baginda kepada kita. Kita sahaja yang selalu lupa dengan perjuangan dan pengorbanan Baginda.

Terasa kecilnya diri ini. Diri datang membawa sejuta harapan dan doa sedangkan tubuh bergelumang dengan pelbagai dosa yang disedari atau pun tidak, yang disengajakan apa lagi yang tidak disengajakan. Astaghfirullah....


11 Oktober 2011, Selasa

Di antara Maghrib dan Isya'. Seperti biasa duduk di Masjid Nabawi bersama Miah dan Kak Kiah. Di belakang kami sekumpulan makcik Indonesia. Riuh dengan kopi habatus sawda yang diberikan oleh perempuan Arab yang berjamu berbuka puasa di ruang hadapan. Kebetulan di sebelah kiri kami pula beberapa orang makcik Afghan. Mereka pun tertarik dengan kopi tersebut dan mule berkomunikasi. Kami? Hmmmm tak mau..... nnti terbuang angin payah nak baharui wudhu' hahai..

Makcik2 Indon meminta aku tuliskan habatus sawda... dalam jawi!!! Nasib baik pandai tulis jawi....

Yang menariknya makcik Indon berbahasa Indonesia dan makcik Afghan berbahasa Afghan dan kami berbahasa melayu campur English. Riuh rendah juga dibuatnya. Ditambah dengan sedawa2 makcik Indon.

Entah macamana pula makcik Indon mula mengurut Makcik Afghan. Nampak dia seronok kena urut... Tapi sambil mengurut sambil berbual dan entah apa pula yang dibualkan sehingga Makcik Afghan rasa sgt terharu dan menangis.... Dahhhh... panik juga makcik Indon yang mengurut... takut sakit.

Selesai Isya' masing2 berpelukan. makcik Indon sempat berkata, Usah menangis kita sama2 umat Muhammad.... Hmmm tambah lebat airmata Makcik Afghan

12 Oktober 2011, Rabu

Apa maslah Ustaz? Mungkin Ustaz tak sedar tapi takkanlah sehingga tak boleh senyum apabila bertemu kami?

Aku jadi tak suka bertembung dengan salah seorang ustaz. Bila bertembung aku jadi susah hati melihat wajah masam dan serius ustaz seolah2 melihat kami dengan syak wasangka.

Ustaz Hasyim memang kelakar habis. Ceramahnya hidup dan meriah. Kami tak kering gusi.

Selepas sarapan, tunggu Prof Muhammad Kamil di lobi hotel. Semalam dia kirim sms memberitahu yang dia akan memberi ceramah motivasi haji. Rupanya Prof penceramah jemputan untuk jamaah Rayhar.



Prof Kamil adalah rakan sejawat di Fakulti Perakaunan, UiTM. Sejak September lepas, beliau telah mula bertugas sebagai profesor di Univerisiti Taiba di Madinah. Sebenarnya perkenalan aku dan dia tidaklah begitu rapat. Aku mulakan tugas di UiTM sebagai pensyarah di A Level, PPP. Apabila aku ke Fakulti Perakaunan Prof sedang lanjutkan pelajaran peringkat PhD di UK. Apabila selesai pengajian dia pegang beberapa jawatan di luar Fakulti. Bila dia pulang semula ke Fakulti aku pula melanjutkan pelajaran peringkat PhD. Dan apabila aku pulang dia pula masih memegang jawatan Pengarah Kampus Segamat. Aku cuma mendengar tentang dia dari rakan-rakan.

Dan sebagai Pengerusi Kelab Kebajikan Fakulti aku diminta oleh Prof Dekan kami untuk menganjurkan jamuan perpisahan sebelum Prof Kamil ke Madinah. Di situlah baru aku ada beebual ringkas dengan beliau.


Jamuan perpisahan Fakulti Perakaunan untuk Prof Kamil

Semenjak dia menulis Travelog Haji, ada rakan-rakan dan kaum keluarga yang bertanya samada aku kenal dia. Memanglah kenal, kataku, tapi macam tu saja. Hebat betul Prof, ke mana saja aku pergi orang bertanya tentang dia. Alhamdulillah buku-bukunya memberi banyak manafaat kepada ramai orang. Doaku semoga Prof akan terus berkarya sebegitu, insyaallah.

14 Oktober 2011, Jumaat

Ziarah wada'. Hanya di laman masjid asal yang berkubah hijau yang di dalamnya ada maqam Nabi SAW. Di sebelah kiri pula perkuburan Al-Baqi'.

Y Allah jangan Kau jadikan ziarahku ini yang terakhir kali. Aku mahu ke mari lagi menziarahi Nabi Mu Ya Allah.

Semalam lepas Asar, beg2 besar kami telah diangkut. Beg2 kami akan sampai dulu di hotel di Makkah. Moga2 semuanya sampai di bilik2 kami dan tiada timbul apa2 masalah.

Jadual hari ini - berangkah ke Makkah selepas Asar.

Selamat tinggal Madinah Al-Munawarah.
Selamat tinggal ya Nabi Allah.

No comments: