Thursday, September 8, 2011

Raya yg berlalu

Hari ini sudah 11 Syawal. Begitu pantas masa meninggalkan kita...

Sudak dua hari emak mertua di hospital. Dimasukkan ke wad kerana buang2 air. Semalam suami menelefon adik, emak tak nak makan. Begitulah emak suami, mudah bersusah hati dan melayan perasaan. Tapi memang begitu keadaan sesetengah kita yang sudah berumur, perempuan pula tu. Susah hati juga mengenangkan emak. Hendak pergi jauh beratus batu. Walhal baru saja pulang dari sana berhari raya.

Hari raya di kampung suami di KT memang sangat rehat, boleh jatuh tahap bosan hehe... Lihat keadaan anak2 juga dah tau. Memang resam keluarga suami tidak begitu kunjung mengunjung ke rumah saudara mara. Jika berhari raya di KT, rumah yang diziarah tak lebih 5 buah rumah.

Raya pertama ke rumah adik2 ipar Aboh (pakcik suami) di Chendering dan Chabang Tiga. Bila berkunjung ke rumah mereka terkenang arwah Mama (isteri Aboh) yang meninggal lebih kurang dua tahun lalu. Ada pilu di hati. Wajah2 mereka seiras dgn wajah Mama. Cara berkata2 juga seperti Mama. Sudah tergenang airmata semasa mengucup pipi tua mereka. Moga Mama tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang yg soleh, ameen.

Raya kedua ke rumah Yop (anak Aboh, sepupu suami la). Dulu mereka sekeluarga tinggal di kedai runcit. Nampak gaya memang seperti dho'if. Tetapi agaknya mengumpul dana untuk membina rumah yang besar dan selesa. Rumah banglo mereka sekarang begitu keadaannya, besar dan selesa, alhamdulillah.

Lewat petang raya kedua ke rumah teman lama kami, Normi. Kali ini tiada emak dan ayah Normi. Ayah Normi telah kembali ke rahmatullah pada Disember 2009 dan emak Normi pertengahan 2010. Mereka adik beradik semua kembali ke rumah itu. Tentu kami seronok bercakap tentang universiti, kawan2 lama, apatah lagi kami berdua telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran pada tahun ini....

Raya ketiga, hari Khamis, ke rumah Fauzi (anak Aboh juga) di Marang. Aboh juga tinggal bersama mereka. Sebenarnya sedih juga melihat keadaan Aboh. Dia kurang bercakap sekarang. Jalan pun semakin perlahan... badan pun semakin tua. Lebih sedih bila mengenangkan seorang dari anaknya yang tak mengenal untung. di masa muda sudahlah membuat kesilapan dan dosa besar, kemudian melalui bala yang sudah tentu menyesakkan fikiran arwah Mama dan Aboh ketika itu. Setelah semua kesusahan berlalu, terlalu hendak mengejar kekayaan pula. Mungkin hendak menebus kehilangan harta benda yang dikumpul semasa mudanya ketika bekerja dengan syarikat gergasi minyak. Hinggakan Aboh sendiri tidak mahu tinggal bersamanya di rumah Aboh sendiri. Khabarnya, dia sudah besarkan sendiri rumah tua Aboh dan menyewakan sebahagian dari rumah tersebut. Sebenarnya, rumah itu adalah rumah Aboh yang sepatutnya dikongsi bersama adik-beradik lain. Tapi nampak gaya, dia berbuat sesuka hati dengan rumah tersebut. Ada juga terserempak dengan dia semasa berkunjung raya, tapi dia seperti tidak dilayan oleh ahli keluarga lain. Ketika di Chabang Tiga umpamanya, Fauzi segera mengajak pulang apabila adiknya itu tiba. Hmmmm..... kesian Aboh....

Hari Jumaat, raya keempat, kami ke Jerteh memenuhi undangan perkahwinan Thuaibah. Huh... jauh juga dari KT. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam. Namun, pemandangan apabila masuk ke kawasan kampung agak indah, ada sawah padi berlatar belakangkan bukit bukau dan gunung ganang... Masyaallah....

Kami jemputan pertama yang tiba. Makan nasi minyak. Kari daging adalah usaha memasak bapa pengantin hmmm... sedappp. Kemudian bersama anak daraku yang seorang duduk di bilik pengantin melihat pengantin disolekkan. Secara tak langsung menjadi penasihat solekan dan hiasan pengantin dan pembantu pengantin mengemas bilik heh heh heh... Sendiri pun bukan pandai bersolek....

Hari Sabtu, raya kelima, awal2 subuh adik sudah meninggalkan KT. Kami masih berdengkur setelah solat Subuh. Kami meninggalkan rumah hampir jam 9. Singgah di perhentian bas KT. Seperti biasalah, aku bershopping sutera batik Terengganu dan English cotton. Pakcik Sidi memang profesional dan sabar walaupun berniaga di tempat kurang standard begitu. Aku tunjukkan baju yang baru ku pakai 2 kali tetapi kainnya dah pecah. Sebenarnya sutera Terengganu yang Pakcik Sidi jual dijamin mutunya dan tidak akan pecah. Dia gantikan dengan batik warna pink berbau wangi. Alhamdulillah. Aku beli 4 helai sutera batik dan 4 helai english cotton. Kain2 ini bakal aku tunjukkan kepada kawan2 di pejabat dan kalau ada yg lebih tidak terjual aku sendiri yang pakai. Biasanya ada lah lebih 2,3 helai. Cukuplah bekalan tambahan baju baru sepanjang tahun...

Kemudian singgah pula di pasar Batu 6. Selain pasar payang, pasar Batu 6 ini juga agak terkenal dgn pelbagai juadah makanan dan keropok. Seperti biasa suami akan membeli kuih akok, aku memilih bahulu utk anak sulung, Amir, dan roti paun (disebut paung!!!) utk Qayim, anak bongsu dan Nadzirah memilih dodol. Oleh kerana tidak sempat membeli keropok di Pasar Payang, kami beli keropok kering ikan tamban di sini. Sayang tiada keropok leko...

Dan kami teruskan perjalanan ke P. Pinang. Huh!!! jam di Machang. Perjalanan 10 kilometer mengambil masa 3 jam!! Setelah itu ada juga jam di beberapa tempat tetapi tidak seteruk di Machang. Kami berpandukan GPS. GPS membawa kami melalui jalan lama yang sudah hampir sangat dgn sempadan Malaysia Thailand. Sudah ada bertemu papan tanda "Stesen Bebas Cukai"??? Melalui hutan belantara di kiri dan kanan. Agak menyeramkan juga la sebab hari sudah gelap. Dan tiada kenderaan bersama kami di depan atau di belakang. Hanya sesekali ada beberapa buah kenderaan dari arah bertentangan.

Kami melalui pekan Banting pula. Lalu di hadapan Mahkamah Majistret Banting. Setelah itu jam sedikit kerana kemalangan di simpang empat. Apabila memasukki lebuhraya, perasaan aku sgt gembira. Kataku, tak pernah rasa seronok bayar tol!!!

Tiba di P.Pinang jam 10.30 malam. Check in di Budget homestay di apartment Permata di Bandar Baru Perda. Rumah memang selesa berpatutan dgn RM80. Ada tiga bilik. Kelengkapan cukup, TV, katil di setiap bilik, telekung, sejadah, arah Qiblat, dapur masak, termos, mesin basuh semi-auto... Tapi keadaan sekeliling tidak bersih. Sampah merata. Tempat buang sampah berbau. PBT ni pun satu. Apartment ada 40 blok. Tong sampah yang disediakan macam untuk 40 rumah saja. Manalah sampah tak melimpah ruah. Bukan di P.Pinang saja macam tu. Apartment dan rumah pangsa di seluruh Malaysia semuanya macam tu. Mentang2lah penghuninya bukan orang kaya dan tidak berpengaruh... Sedih memang sedih..

Makan malam (hampir tengah malam pun) di McD. Lapar.... burger pun sedap. Anak2 memanglah suka menu McD.

Esoknya beraya rumah kak Miah. Dia ni "related by marriage". Adik emak kawin dgn bapa saudara Kak Miah. Huh... jauh tu boleh kategori "bau bau bacang". Tapi Kak Miah sangat baik. Zaman muda2 dulu dia tinggal bersama kami kerana bertugas sebagai jururawat di Hospital Besar KL (sekarang HKL). Aku sendiri masa itu masih di bangku sekolah. Dan sekarang bila Nadzirah di UiTM P.Pinang, dia banyak membantu. sudah 2 kali kami menumpang tidur. Tapi kali ini, aku tau sudah tentu adik2 Kak Miah pulang ke kampung. Sebab itu kami tempah homestay saja.

Tapi, Kak Miah takda. Hantar anak saudara ke hospital. Tunggu hingga jam 11.00. Akhirnya kami minta diri. Namun sempat kami dijamu dengan nasi berlaukkan rendang dan sup ayam oleh isteri adik Kak Miah. Kebetulan pula adik Kak Miah, Din sekeluarga dan Bibah ada. Memang sudah lama tidak bertemu mereka.

Tinggalkan Nadzirah di kolej dan meneruskan perjalanan ke Seri Iskandar. Kenderaan banyak dan sesekali jam. Tiba di Seri Iskandar jam 4.00 petang. Tinggalkan Amir pula. Berderai sudah airmata, sedih meninggalkan anak2. Moga2 anak2 terus berusaha belajar dan berjaya mendapatkan diploma, ameen.

Perjalanan ke Shah Alam juga tak jauh beza. Sesekali jam. Sampai ketika azan maghrib berkumandang.

Selesai sudah percutian hari raya tahun 2011. Tidak begitu eventful. Tapi namanya juga cuti, puas la hati merehatkan diri dari rutin pejabat. Dan sebenarnya sangat bersedia untuk menghadap meja di pejabat dan meneruskan tugas...

No comments: