Thursday, May 21, 2009

Zawati Hamzah

Seorang teman, seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak. Akhirnya Allah memanggilnya setelah sekian tahun melawan kanser. Mohon yang membaca coretan ini menghadiahkan alfatihah buatnya. Alfatihah.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

HAPPY TEACHERS DAY TO ALL TEACHERS especially Pn KAMARIAH MD ZAIN (the BEST headmistress) cikgu Marziah (my standard 1 teacher), Mrs A. Liew, Mrs V.Liew, Pn Khairunnisak (lovely teacher in sari everyday),Mrs Ng, Mrs Yeoh, Mrs Tee, Mrs Benedict, Mrs Chinniah, Cikgu Noraishah, Mrs Chang, Pn Sharifah (always wondered how she could maintain the figure), Bobby Lee (he didn't teach me, but inspired me). All of them took part in moulding me into what I am today and for that I am grateful. Thank you dearest teachers.

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu

Seronok kami ber"hari ibu". Hanya tiga beradik yang tinggal di Lembah Kelang. Yang lain berada di luar daerah dan negeri. Sempat kami maklumkan mereka, he he he nampaknya kempunan sajalah mereka tu.

Selepas solat maghrib, membaca yassin dan bertahlil. Emak bacakan doa. Sebenarnya waktu-waktu sebegitu teringat arwah-arwah keluarga terdekat. Melintas lalu kenangan-kenangan bersama mereka. Lantas doa mengiringi rasa rindu. Itu sahaja yang dapat kita lakukan.

Pertama kali ber babeque. Masing-masing kami excited, maklumlah pertama kali menggunakan barbeque set yang sudah setahun berkurung dalam kotaknya. Seperti biasa yang tersayang aku akan take charge dalam perkara-perkara begini. Usaha untuk "assemblying" set tersebut disudahkan juga yang tersayang. Pekerjaan membakar udang, ikan dan sotong juga diambil tanggungjawabnya oleh yang tersayang. Hmmm memanglah sangat sayang pada yang tersayang nih.......

Kemudian makan-makan sambil berbual tentang perkara-perkara lalu. Semuanya gembira, bergambar dengan emak/emak mertua/nenek nan seorang itu. Apa lah yang dapat kita sebagai anak/menantu/cucu buat selaindari menggembirakan hatinya. Cukup bahagia rasanya melihat senyuman di bibir emak.

Monday, May 4, 2009

Prejudis Si Guru

Anak aku bercerita semalam. Cikgu BM (guru ganti) bertanya kenapa dia bertali pinggang begitu ("kepala" tali pinggangnya agak besar sedikit, jadi agaknya begitu "obvious" dari jauh). Tak ada yang lain, jawabnya. Itu bukan masalah saya, begitulah lebihkurang balasan jawapan yang diberi oleh cikgu. Kemudian cikgu mendapat tahu yang markah BM anak aku yang seorang ini kurang baik, takat gred C saja. (Baru setahun lebih kembali semula di Malaysia, kemahiran berbahasa Melayu agak kurang). Sebab itulah awak ni tak pandai BM, BM dalam UPSR pun C saja, komen cikgu lagi (lebihkurang). Menurut anak aku ini, dia takut hendak menjawab yang dia tidak pun pernah menduduki UPSR. Kenapa takut? Tanya ku. Nanti Cikgu kata melawan cakap cikgu, jawabnya.

Hmm sebenarnya bukan sekali ini anak-anak membawa pulang cerita guru yang prejudis begini. Apalah kena mengenanya tali pinggang dan pencapaian dalam pelajaran. Tapi aku dapat simpulkan yang guru tersebut mengandaikan sikap anak aku yang tidak baik (dari jenis tali pinggang yang dipakainya??) dan disebabkan sikap yang begitulah, anak aku ni tidak "perform' dalam pelajaran.

Begitu "jauh"nya fikiran guru tersebut yang "pendek" akalnya. Sepatutnya seorang guru tidak boleh membuat persepsi melulu. Perlu selidik dulu sikap sebenar. Bukan semua pelajar nakal tidak pandai (atau "bodoh" bak kata sesetengah guru) dan tidak semua pelajar yang bersopan santun, baik budi bahasa itu pandai belaka.

Seorang guru tidak patut meletakkan sangkaan buruk terhadap pelajar yang pencapaian grednya tidak memuaskan. Apabila seseorang pelajar itu tidak lulus atau pencapaiannya rendah, ada banyak faktor lain yang memungkinkan perkara itu berlaku. Bukan setakat sikap sahaja. Aku doakan guru tersebut tidak menjadi guru sebelum dia dapat merubah cara pemikirannya sendiri.

Friday, May 1, 2009

Office nak renovate

Masa dapat tahu tak ada rasa apa-apa. Tapi Khamis 30 April, ada staff hantar kotak-kotak. Paginya menyiapkan 4 fail-fail tentang apa yang aku dah lakukan. Terpaksa buat, nama dah naik sampai bos tanya, apasal tak naik pangkat lagi? Ha ha ha, inilah kerja gomen, nak naik pangkat apply, isi borang, isi borang, isi borang dan isi borang. Seminggu nak nyiapkan beborang tersebut. Pulak tu tersampuk angin flu hu hu hu.

Anyway, dapat tahu tingkat 4 bangunan Menara akan mula di ubahsuai minggu depan. Maka kami disuruh bersiapsedia untuk berpindah sementara. Perpindahan yang tidak tahu ke mana. Barang-barnag diminta untuk di pack dalam kotak dan akan diletakkan di pantry tingkat 4. Orang-orangnya? he he he pandailah sendiri. Tapi dicadangkan untuk menggunakan komputer-komputer di tingkat lain. Bunyinya senang. Aku membuat pelan strategi untuk membawa suitcase ke office supaya boleh aku letakkan item-item yang aku perlukan untuk bekerja selama hampir dua bulan.

Hmmm tapi cuba bayangkan, fail research aku pun ada 8 fail yang setiap satu tebalnya 4 inci. Selain itu, raw data, alatulis, buku rujukan, bahan mengajar yang lain etc etc. Ke mana akan ku bawa diri dan mereka ini. Nampaknya kami akan berkelana bersama membawa diri ke atas dan ke bawah bangunan menara.

Thursday, April 2, 2009

Mama telah menemui Penciptanya, AlFatihah

Mama meninggal, pagi tadi. Suami ku baru sahaja menelefon. Aku pula baru saja memberikan masa rihat 5 minit setelah 1 jam kuliah.

Mama ialah isteri kepada pakcik suamiku. Memang jauh kedudukannya dari aku. Tapi sejak mula perkahwinan aku dengan suamiku aku rasa sangat rapat dengan dia. Aku rasa seperti ada pertalian anak dan emak dengan dia. Bila dengan dia aku dapat rasakan rasa gembira dia, rasa pilu dia. Aku dapat membaca isi hatinya. Dan dia begitu baik dengan aku sekeluarga. Setiap kali pulang ke kampung suami di Kuala Terengganu, dia pasti menjemput kami ke rumahnya untuk makan malam atau makan tengahari. Jika kebetulan berhari raya di sana, aku gembira menziarahi dia. Pasti ada nasi kunyit, ketupat pulut dan rendang. Dia tersenyuim bila mataku besar melihat hidangan di bawah tudung saji. Dia dengan tenang akan melayan kami, melayan aku sebenarnya. Dan aku teramat senang duduk di sisinya di meja di ruangan dapur.

Kali terakhir bertemu ialah Hari Raya Aidil Adha tahun lalu. Ketika aku mencium tangannya dan memeluknya. Ada airmata yang keluar dari kelopak matanya. Aku mengesat airmata itu. Suara ku sebak berkata, “Mama, jangan nangis. Insyallah kita jumpa lagi.” Lantas aku memeluk dia lagi dengan lebih erat. Dan kami melangkah pulang.

Mama, dugaanmu berat di dunia ini. Allah mendugamu dengan kematian dua anak, dan seorang menantu. Engkau redha dengan apa yang ditakdirkan untukmu. Aku pernah merenung tubuhmu yang dilitupi telekung putih beberapa tahun lalu. Tanganmu tinggi menadah memohon kepada Allah. Ketika itu engkau dan seluruh keluargamu ditimpa petaka. Aku hanya mampu untuk berdoa untukmu.

Mama, aku doakan diampunkan segala dosa. Moga Allah menerima segala amalanmu. Moga engkau sejahtera di sana.

Mama, berpisahlah kita buat selamanya.

Tuesday, March 31, 2009

GERAM DENGAN WATERBOSS - HAK PENGGUNA

Jurujual Waterboss sudah berkali-kali menelefon. Ceritanya kakak aku yang memasang water filter jenama tersebut di rumahnya diberikan voucher. Voucher untuk cuci tangki air itu boleh digunakan oleh siapa yang dipilihnya. Dan nama aku yang dia berikan. Ok lah, tak apalah. Kali pertama dia hendak datang, aku cancel appointment. Hari minggu itu aku rasa penat sangat, malas hendak melayan tetamu yang aku tak mahu undang, tapi meminta diri untuk diundang.

Setelah dua tiga kali telefon, dengan rasa terpaksa aku pun setuju untuk dia datang ke rumah pada hari minggu baru lalu, 29 Mac 2009. Dia mula hendak komen itu dan ini tentang kebersihan air di rumah aku. Aku dengan muka yang sengaja aku tunjukkan tidak suka, tidak melayan dia. Bila ada soalan yang malas aku nak jawab, aku pass pada suami ku. Ha ha ha, bagus ada suami. Boleh buat pass perkara-perkara yang kita sendiri malas nak layan.

Dia cuba hendak menerangkan tentang produk dia dan ajak aku duduk di meja makan. Aku dengan selamba mengatakan aku ni tak ada banyak masa terluang. Di waktu itu aku sedang melipat kain yang sudah 2,3 kali basuhan terbiar tidak terlipat dan tersimpan. Dia terpaksa duduk dekat aku yang sedang lipat kain. Aku pun layanlah seminimum yang boleh. Lepas tu aku tengok tak ada tanda2 dia nak pergi. Aku terkejut bila dia kata pembantunya (yang tadi mencuci tangki air) sedang memasang water filter itu di luar rumah. Aku katakan pada dia, aku tak mahu pasang lagi dalam masa terdekat ini. Aku berleter sambil katakan yang kami ni baru setahun pulang ke tanah air, ada banyak benda yang perlu kami utamakan dulu, rumah, kereta, pelajaran anak-anak, perniagaan suami. Water filter belum ada lagi dalam senarai priority.

Dia kata, tak apa, ini ialah one-week trial, kita tengok next week. Aku cakap dengan dia, minggu depan pun aku rasa kemungkinan besar aku tak nak. 2,3 kali aku kata begitu, 2,3 kali jugaklah dia katakan, tengok saja dulu minggu depan. Ok, allright, kalau itu yang dia nak. Kita tengok minggu depan.

Semalam berbual dengan suami tersayang, dia sebut, kalau harganya dimurahkan lagi, boleh lah kita teruskan. (Sebenarnya aku dah tanya teman sepejabat. Dia ada pasang jenama lain, harganya lebih murah RM400 dan dapat filter dalam rumah lagi). Aku geleng kepala keras. Aku cakap aku tak nak ambil produk dia. Aku sangat tak setuju dengan cara dia promote produk dia. Dari awal lagi dia cuma kata cuci tangki percuma, dia tidak kata pun akan terus pasang water filter tersebut. Dia yang berkali-kali mendesak untuk datang ke rumah. Aku lebih rela keliling kota mencari sendiri.

Aku paling tak suka dengan cara pemasaran yang tidak beretika begitu. Dahlah waktu terluang untuk kami sekeluarga terpaksa aku korbankan untuk dia. Kemudian gunakan cara memaksa macam tu. Semuanya ni kerana hadiah yang ditawarkan (macam multi level marketing). Memang betul-betul menyusahkan hidup aku di hujung minggu. Geram, geram dan gerammmmm!!!!!!

Tak apa, hari minggu ini aku akan bersedia untuk melaksanakan hak aku sebagai seorang pengguna