Monday, May 4, 2009

Prejudis Si Guru

Anak aku bercerita semalam. Cikgu BM (guru ganti) bertanya kenapa dia bertali pinggang begitu ("kepala" tali pinggangnya agak besar sedikit, jadi agaknya begitu "obvious" dari jauh). Tak ada yang lain, jawabnya. Itu bukan masalah saya, begitulah lebihkurang balasan jawapan yang diberi oleh cikgu. Kemudian cikgu mendapat tahu yang markah BM anak aku yang seorang ini kurang baik, takat gred C saja. (Baru setahun lebih kembali semula di Malaysia, kemahiran berbahasa Melayu agak kurang). Sebab itulah awak ni tak pandai BM, BM dalam UPSR pun C saja, komen cikgu lagi (lebihkurang). Menurut anak aku ini, dia takut hendak menjawab yang dia tidak pun pernah menduduki UPSR. Kenapa takut? Tanya ku. Nanti Cikgu kata melawan cakap cikgu, jawabnya.

Hmm sebenarnya bukan sekali ini anak-anak membawa pulang cerita guru yang prejudis begini. Apalah kena mengenanya tali pinggang dan pencapaian dalam pelajaran. Tapi aku dapat simpulkan yang guru tersebut mengandaikan sikap anak aku yang tidak baik (dari jenis tali pinggang yang dipakainya??) dan disebabkan sikap yang begitulah, anak aku ni tidak "perform' dalam pelajaran.

Begitu "jauh"nya fikiran guru tersebut yang "pendek" akalnya. Sepatutnya seorang guru tidak boleh membuat persepsi melulu. Perlu selidik dulu sikap sebenar. Bukan semua pelajar nakal tidak pandai (atau "bodoh" bak kata sesetengah guru) dan tidak semua pelajar yang bersopan santun, baik budi bahasa itu pandai belaka.

Seorang guru tidak patut meletakkan sangkaan buruk terhadap pelajar yang pencapaian grednya tidak memuaskan. Apabila seseorang pelajar itu tidak lulus atau pencapaiannya rendah, ada banyak faktor lain yang memungkinkan perkara itu berlaku. Bukan setakat sikap sahaja. Aku doakan guru tersebut tidak menjadi guru sebelum dia dapat merubah cara pemikirannya sendiri.

2 comments:

Thuaibah said...

Assalamualaimu wbt

Salam Zirah~
Dah lama rupanya ada blog, br ketahuan...huhu...

Cikgu2 mmg byk cmtuh..huhu..kalo sy bukak bab cerita saya, buat 3 novel pun tak hbs..kisah budak kampung di sekolah kampung yg jauh dr perjuangan Human Right:D

anazabri said...

Thuaibah, bagus tu boleh buat 3 novel. Apa kata kita collaborate???? he he he