Sunday, June 9, 2013
Semalam 8 June, kelas pertama intensif separuh masa Master in Forensic Accounting. Seperti biasa ada session ice breaking. Aku perkenalkan diri dan kemudian mengenali serba sedikit 20 orang pelajar di hadapan mata.
Tiba giliran pelajar terakhir, namanya Ahmad Danial. Dan soalan kedua yang aku tanya, kerja di mana. "guru", jawabnya. Aku dongak dan membulatkan mata.
"wah! This is the first time I have a student who is a teacher", aku yang excited. Dan aku tanya mengajar subjek apa. Aku kira sudah tentu prinsip akaun ke, Ekonomi ke. Tapi jawapaannya, "kemahiran hidup". Agak terkejut juga.
"why are doing this master programme? Nak tukar profession kepada pemsyarah ke?"
"taklah.... Dulu mana ada peluang," danial jawab perlahan. Aku angguk sambil berkata,"i really solute people like you and En Zulkarnain (seoramg lagi yg sgt veteran kerana rambut yg sudah putih hampir keseluruhan)". Kata-kataku disambut tepukan dari pelajar yang lain.
Aku rasa kali ini kelas akan lebih seronok. Ini adalah kali kedua aku mengajar kursus Money Laundering. Lebih confident. Juga pelajar2 semua dari semester pertama... Pelajar baru! Itu yang nampak bersemangat semuanya. Insyallah kejayaan milik mereka... Ameein
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment